Tuesday, December 15, 2009

Tolong Jangan Degil!

0 comments
lagi satu jenayah yang memang sangat ler berleluasa di Malaysia sekarang nie, iaitu jenayah RAGUT. mari kita jenguk kejap kronologinya. itupun berdasarkan kes yang tercatat dalam laporan dan setakat bulan Mei sahaja tu. hakikatnya lebih daripada tu...pengalaman ragut ni pernah dialami oleh mak aku sendiri. dah bertahun2 yang lalu. waktu tu kalau nak gi bandar memang naik bas, lepastu mak aku jalan kaki dari bank hinggalah ke pasar. peragut bermotor tu dah aim mak aku dari bank lagi, itu sebabnya berhasil jugak kerja diorang hari tu. syukur selamat..waktu tu, tak glamer lagi lah ragut secara ganas macam apa yg berlaku kebelakangan nie.jom kita tengok...


Kronologi Kes Ragut

5 Mei 2009 - Wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.

29 April 2009 - Pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya.

28 April 2009 - Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.


29 Mac 2009 - Nurul Fatimah Ali, 19, koma selepas nekad menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

21 Februari 2009 - Wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.

2 Februari 2009 - Nor Hanani Ibrahim, 21, dari Taman Sena Indah, Kangar nekad mengejar dua penjenayah yang meragut beg tangannya sehingga kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas orang ramai.

4 Januari 2009 - Seorang pembantu tadika dalam perjalanan menghantar laporan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan menunggang motosikal patah kedua-dua kaki dan tangan kanannya selepas diragut di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

10 Disember 2008 - Seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas diragut dua lelaki bermotosikal sebaik selesai membeli barang harian di Pasar Awam Bukit Mertajam.

22 November 2008 - Seorang wanita berusia 65 tahun cedera ringan selepas terjatuh dalam kejadian cubaan meragut beg tangan di hadapan masjid Kampung Gerai, Jertih, Besut.

13 November 2008 - Seorang wanita, Khoo Lee, 38, cedera dalam kejadian cubaan ragut berhampiran lokasi program pencegahan jenayah, di Pusat Perniagaan Pesta Baru, Jalan Bakri, Muar.

29 Oktober 2008 - Hasrat seorang pelajar Tingkatan Lima cuba menolong sepasang kekasih yang menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi kerana maut apabila motosikalnya terbabas diterajang rakan peragut yang mengekorinya.

11 September 2008 - Seorang wanita kerugian kira-kira RM1,200 selepas beg tangannya diragut seorang gadis yang membonceng motosikal seorang lelaki di Jalan Air Putih, Kuantan.

11 Ogos 2008 - Jururawat, Israha Ismail, 29, parah selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Seriab, Kangar.

20 Jun 2008 - Seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, meninggal dunia.

12 Mei 2008 - Isteri seorang kakitangan Berita Harian yang mengandung tiga bulan cedera diragut dua penunggang motosikal di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur.

10 Mei 2008 - Penjual nasi lemak, Siti Zubaidah Ismail, 41, parah manakala anaknya, Noorhasniza Mat Tahir, 14, cedera selepas jatuh dari motosikal apabila seorang lelaki meragut beg tangan dari dalam raga motosikal yang mereka naiki di Simpang Kuala, Alor Setar.

20 April 2008 - Penghantar surat sambilan, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22, cedera ditikam dengan pisau rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas dekat Pintu Geng, Kota Bharu.

10 Februari 2008 - Pelajar Universiti Malaysia Perlis, Nur Amalina Abu Bakar, 20, cedera di kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta ketika cuba mengejar lelaki yang meragut beg tangannya di Alor Setar.

28 Disember 2007 - Guru, Norlidah Misran, 36, patah tulang belakang selepas terjatuh ketika menarik beg tangannya daripada diragut di Muar.

30 Oktober 2007 - Ketua Meja Jenayah akhbar Nanyang Siang Pau, Steven Chiew, 44, cedera di mulut dan hidung terjatuh selepas beg yang disandangnya disentap penjenayah di Kelana Jaya.

apa yang penting kat sini, tolong jangan degil wahai wanita!! aku paling geram dengan pempuan2 yang menunggang motor yg masih lagi berani mendedahkan handbag / beg secara terbuka. tak kiralah sama ada korang galas ker, sangkut pada handle atau dalam raga sekalipun, tolongla pikir nyawa sendiri. kalau motor korang jenis yang takde ruang kosong bawah sit utk letak barang tu, better korang jgn bawak handbag.  biasa jugak aku tengok pempuan yang galas beg, tapi sweater yang dipakai tu tak dizip dengan sempurna. sweater plak disarung di bhgn depan ajer.jadi beg tu akan terdedah bila dilihat dari belakang.


wanita yang menjaga style, ingat2 lah jugak. memangla bergaya bawak handbag mcm mak datin tu, tp ingatler ada mata yg memerhati. tak kira sama ada di kawasan ramai orang atau tidak, beringat ler sebelum kena.
bagi yang bawak kereta pulak, tolongler korang jangan letak handbag kat sit sebelah pemandu. letaklah kat bawah, atau sorokkan bawah tempat duduk, itu lebih selamat. sebab mungkin penunggang motor yg berhenti di sebelah anda ketika lampu merah sedang menunggu peluang mcm tu untuk memecahkan cermin dan mengambil beg anda. dan paling penting, kunci pintu ketika sedang memandu, tak kiralah sama ada anda berseorangan atau tidak.




0 comments:

Related Posts with Thumbnails