Sunday, December 6, 2009

Jual Beli Emas

0 comments

Assalamualaikum semua..
harap korang semua sihat wal'afiat..hari ni nak menulis tentang emas.aku teringat nak tuliskan entri ni pasal kat tempat aku keje ni selalu dengar para ibu2 yg bersembang pasal nak tukar gelang, rantai dan ape2 sajelah..walaubagaimanapun ada perkara yang kita sering terlepas pandang, akibat keghairahan untuk mendapatkan sesuatu.betul tak?aku harap entri ni sikit sebanyak memberi pengetahuan pada kita semua.
Emas sangat sinonim dengan wanita, kerana sudah menjadi keinginan wanita untuk memakai barangan perhiasan diri seperti yg diperbuat drpd emas.pelbagai bentuk gelang, rantai, cincin, subang malah di kaki pun dipakaikan barangan kemas.tidaklah jadi satu kesalahan pun untuk memakainya, yg penting jgn la sampai jadi sasaran peragut!nyawa lebih penting drp gaya.ingat tu.
Harga emas semakin meningkat hari demi hari.kalau dulu gelang sekasar jari telunjuk hanya beberapa ratus, sekarang sudah mencecah RM4000 lebih bergantung pada kepadatannya.trend barangan kemas sekarang direka dengan mengurangkan kepadatan, contohnya walaupun nampak kasar, tapi dalamnya kosong aje.tu semua pasal harga yg makin mahal dan tak mampu dibeli oleh kebanyakan orang.
Trend jual beli emas secara ansuran dan trade in jugak makin berkembang dengan pesatnya sekarang. maksud trade in barang kemas di sini ialah, aku ada seurat gelang, suruh kedai timbang berat dan harga, then ambik gelang baru dengan hanya menambah duit RM500.alaaa, mcm trade in handset tuu lah jugak.

Sebenarnya jual beli emas mempunyai garis panduannya sendiri yang telah ditetapkan dalam Islam. Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang. walaupun ada yang berpendapat ia tidak lagi dikira sebagai emas kerana sudahpun dilebur dan dibentuk, namun ia masih lagi emas dan tidak lari daripada sifat2 emas itu sendiri. Ada juga kumpulan minoriti yang berpendapat bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin, ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Bagaimanapun, melalui kesimpulan dan pandangan terpilih hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti.bermaksud, pembelian emas secara ansuran adalah dilarang sama sekali.

Mengenai trade in barang kemas pula, ini mungkin satu kaedah marketing yang digunapakai oleh para peniaga emas untuk melariskan emas mereka. namun di sebalik itu, mungkin ada yang terlupa mengenai garis panduan yg ditetapkan dalam Islam.

Ada dua keadaan yang dibolehkan untuk menukar emas lama dengan yang baru.

i ]  Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii ]  'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Memandangkan harga emas yang semakin meningkat, tidak akan ada peniaga emas yang akan menukar dengan mengira timbangan yang sama berat kan?sape mau rugi daaa.....

Dalam hal ini, cara yang terbaik untuk mengelakkan riba adalah dengan menjual dahulu emas yang kita ada dan mendapatkan duit tunai. kemudian, barulah membeli barang yang lain. 
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

 Sila layari http://www.zaharuddin.net/content/view/286/93/ untuk penjelasan yang lebih lengkap.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails