Saturday, January 9, 2010

Pesanan Atok G-ah

1 comments


Just wanna share with everyone. Semua ayat al_quran itu baik dan penting, namun berpeganglah pd 3 surah ini.

Pertama: Surah al-Fatihah

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dgn 'menjaga' bersungguh2 surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yg betul utk kita.

Kedua: Surah al-Ikhlas

Surah ini adalah surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untukNya. tak guna buat baik tp tak ikhlas.

Ketiga: Surah Al-Kafirun

Surah al-Kafirun ada kena mengena dgn zaman skrg, zaman globalisasi. Walaupun kita bergaul dgn org yg beragama lain, tp kita akan sedar bhw "untukmu agamamu, untukku agamaku".



Selain itu, orang ISLAM mesti ada 3 kekuatan:

Pertama: Kekuatan minda

Minda ialah ilmu. Org Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sbgnya kerana ilmu2 itu perlu utk hidup.

Kedua: Kekuatan hati

Hati ialah iman. Hati org Islam mesti kuat supaya betapa byk sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yg lebih berkuasa. bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jd betul. Kalau minda kuat tp hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

Ketiga: Kekuatan fizikal

Pertamanya, kalau badan lemah, susah ilmu nak masuk dlm minda. kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya kekuatan masih xseimbang.

credit to g-ah

1 comments:

g ah says:
January 9, 2010 at 7:46 PM

hahahaha... selok aku suka... amenda la tajok tu... glemer la aku sining... kahkahkah

Related Posts with Thumbnails