Sunday, January 3, 2010

New Year, New Story....

0 comments
hai semua...macam2 cerita baru selama 3 hari yang pertama di tahun 2010..suka ada, sedih pun ada..tapi yang happy sematkan dalam hati..yang duka jangan diturutkan sangat..semua tu bagi aku adalah asam garam dalam hidup..kalau tak, pasti hidup ni tak menarik..mesti ada pelbagai warna dalam kehidupan...
hari ni hari pertama persekolahan. kali pertama aku melihat ragam hari pertama di sekolah rendah. pagi tadi aku sempat menjenguk kelas pra sekolah di sini. kat sekolah aku, ada 2 kelas pra sekolah. pagi tadi nampaknya ada setiap kelas mempunyai wakil anak comel yang manja..hehehe..


kesian tengok adik2 ni, terselit kat celah pintu nangis nak balik. cikgu2 nampaknya lebih mengesyorkan ibu bapa supaya pulang dan tidak menunggu anak diorang. bukan apa, bila aje diorang nampak ada mak yang menunggu, lagilah bertambah keinginan nak balik. mungkin keadaan ni hanya berlaku di hari2 awal persekolahan saje. hopefully semuanya berani dan belajar pandai2 ya?
begitu jugak dengan murid tahun 1, ramai ibu bapa yang menunggu di luar pintu kelas.jgn risau kakak2, abang2, makcik2, pakcik2..sumenya bisa beres....

hari ni jugak rezeki ku murah lagi. pemilik tender kantin yang baru mengadakan jamuan khusus kepada cikgu2 dan kakitangan sekolah sebagai pelaburan masa depan, hehe..sedapnya nasi beriani, tengkiu abg Lan..semoga rezeki semakin bertambah..cikgu2 jugak ramai yg memuji, katanya makanan untuk murid2 yang mendapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sangat memuaskan..

ketika berada di kantin tadi, sempat jugak mendengar cerita kerenah2 murid tahun 1 ketika membeli makanan di kantin.maklumlah, budak2..lucu dengar cerita diorang..

ada sorang murid duduk je sorang2.bila cikgu menyapa,
Cikgu : bakpe x makan?
Murid : Duit dok cukup.
Cikgu : Mak bg berapa?
Murid : bagi singgit. tapi nasi tu harga 60 sen. xbleh nk beli
Cikgu : wakakakaka...
nasib baik la ada cikgu tanya. kalau tak, memangla berlapar sampai balik karang.

teringat jugak pada anak buah aku, Wawa yang baru saje masuk darjah 1 hari ni. last week dia dah cakap kat umi dia, rase berdebar nak pegi sekolah. tapi aku yakin Wawa memang seorang yg berani dan akan mempunyai ramai kawan. 


hitam2 si tampuk manggis, sugguhpun hitam dipandang manis ;)

walau apapun, mari kita cipta suatu cerita yang menarik, adventure dan kebabooom! untuk tahun 2010!!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails