Sunday, January 10, 2010

aku,mak aku dan AJL24

2 comments
hai selamat pagi..(errr...dah tengahari pun.. aku baru edit balik entri,xsempat nak publish pagi td.)
assalamualaikum..
hu...kenyangnya alhamdulillah,hr ni bawak bekal pulak aku.mcm masa zaman sek rendah dulu.siap mak lagi yg tolong isi dalam tupperware.tercengang jgk aku pagi td bila mak aku tanya nak bawak bekal ke tak..aku sebenarnya takde mood pun nak mkn nasi goreng pagi td,rs cam nak breakfast ngan kue je.tapi bila dia dah dtg kat bilik tanya aku, akupun mengiyakan jelaaa sambil tergelak.mak akupun tergelak.sbb dah lama takde org yg siapkan bekal utk aku,klu aku nak bwk pun aku amik sendiri jer..janggal pulak rasanya. anyway, tengkiu my mother..muah!


semalam tengok AJL kat tv3, tapi kat tengah2 tuaku terlelap plak.aku sbnrnya nak tunggu faizal tahir dgn aizat masa lagu Kau Aku yang best tu, tp boleh plak tiga2 org terlena depan tv. biasanya mak ngan akak aku yg sentiasa tewas menonton tv ni. aku sedar pun masa pengumuman yuna yang dpt tempat ketiga. lagu yuna bolehlaaa,tak paham jugak aku kenapa org minat habis lagu yuna, memangla ok tapi ada nada sumbang je aku dengar pd melodi tu.mungkin tulah dia muzik indie yang org buta muzik mcm aku ni tak nampak.kan?kan?jgn marah wahai peminat yuna.tu cuma pendapat peribadi aku je.hehehe..

bila tengok persembahan tomok pulak teringat pd member aku k.awin,hai...rambut dia tu balik2 mcm tu jer pesennnya.klu sesekali ubah mesti jadi hensem lagi.mcm faizal tahir masa berambut pendek,'cun' nya rambut dia. si Black plak menangla best suara dia,nyanyi lagu apapun menjadi. kalu mengaji pun sodap tu,haha.nak jgk dgr Black mengaji.nada tinggi ke tak.mak aku memang kenal Black ni,suara sedap kata mak aku. aku layan gakla Mentor musim ke3 masa Black perform lagu Hitam Manis.lagu tu yg paling best, mak akupun suka tengok psl suara ngan muka dia memang sesuai..hahaha...
apapun AJL semalam langsung takde kaitan ngan aku,just rilek2 sambil layan apa yg ada kat tv...aku harap dunia hiburan kita ni dapatlah kiranya diselia dengan baik,bukan apa, artis pempuan semakin seksi melampau.sakit kepala aku tengoknya.pdahal diorang tak tau,aku lagi seksi dr diorang.cuma tanak tunjuk jer...kwang3x...artis lelaki tu tak kisah ar kan,dr segi peribadi tu takleh la nak komen lebih2.sendiri punya ingat daaa.....bye.


2 comments:

g_ah says:
January 10, 2010 at 8:25 PM

oit... pembetulan,,,, yuna no 2 laa.. hampeh... aku ingat faizal tahir juara... last2 lagu ntah pape tu juara.. hahahaha

sYu says:
January 11, 2010 at 6:59 PM

betulla tu..hahaha...bkn setakat mlm tu aku mamai..tp tengah taip pun aku mamai jugak..kakaka

Related Posts with Thumbnails