Tuesday, November 24, 2009

Positif atau Negatif?

0 comments

assalamualaikum semua..
aku rasa ceria hari ni..secerah matahari yg dah mula bersinar pagi ni.gembira dgn khabar kakak2 aku dah bersedia nak balik kampung.yeahh!!sehingga saat aku menaip entri ni,aku masih lagi belum publish blog ni utk paparan umum,saje je..hehehe..biarlah aku membebel sorang2.
actually walaupun sekolah sedang bercuti akhir tahun,tapi sekolah aku tetap buat kelas tambahan.agaknya sebab result UPSR tahun ni jatuh berbanding tahun lepas,maka akhir tahun pun cikgu2 tetap bertungkus lumus buat kelas utk murid2 walaupun agak ramai yg tak hadir disebabkan hujan..tahun 2009, SK Wakaf Mempelam mencatatkan keputusan 15 org murid mendpt 5A berbanding tahun lepas,24 org.apapun tahniah kpd semua.
oh ya,rasanya tak terlewat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada adik2 yg berjaya mendapat keputusan cemerlang dlm UPSR yg diumumkan baru2 ni.tahniah jugak kpd cikgu cikgi dan ibu bapa yang sentiasa berusaha dan berdoa utk kejayaan anak2.
erm..berbalik kpd apa aku nk cerita sebenarnya,pagi2 lagi aku dh dikunjungi oleh bdk2 darjah 5 yg nak bertanya tentang ebook @ komputer.utk penggal sekolah akan dtg,nampknya aku kena bersedia dr segi mental utk berhadapan dgn diorang. bermcm2 soalan yg diajukan pada aku berkenaan komputer.tapi di sebalik soalan diorang ni,aku tetap rasa ada positifnya iaitu mereka ni lebih banyak didedahkan pada ilmu2 IT yang pastinya memudahkan mereka suatu hari nanti.dan yg lebih penting,membuka peluang pekerjaan kpd anak negeri Terengganu..macam aku..hehe..
dan sepertimana yg kita semua dah dengar, banyak jugak penyalahgunaan oleh murid2 di sekolah dengan adanya laptop free ni.ada yg memasukkan bahan2 spt games, bahan porno, lagu dan pelbagai lagi. hinggakan e-book dahpun boleh ditranslatekan sebagai e-lucah. ¿¿¿ɥɐɔnן-ǝ = ʞooq-ǝ
maklumlah,dunia IT tanpa sempadan,sape yg rajin explore, pastinya dapat lebih drp org lain, betul tak?last2 semuanya aku jugak yg kena block..korang rasa mcmana?aku pun tak tau. yg aku tau, aku cuma buat kerja aku sebaik2-baiknya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails