Monday, November 23, 2009

Maut

0 comments
Ini adalah sebuah cerita klasik genre fiksyen yang aku temui. Cukup menarik untuk renungan.



Ada seorang pedagang yang tinggal di Baghdad telah menyuruh orang gajinya ke pasar untuk membeli barangan keperluan rumah. Tidak lama selepas itu, orang gajinya pulang ke rumah dengan muka yang sangat pucat lesi dan seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan. Kata orang gaji, “Tuan, sewaktu aku di pasar tadi ada yang tertolak aku dalam keriuhan ramai orang. Aku segera menoleh dan aku dapati yang menolak aku tu tadi adalah si Maut. Iya tuan, aku pasti dia itu Maut. Dia telah memandang tepat ke muka aku dan memberi isyarat ancaman. Sekarang, tuan tolonglah aku. Pinjamkan aku seekor kuda dan aku akan segera tinggalkan bandar ini. Aku akan ke KOTA SAMARRA dan di sana aku pasti Maut tidak akan menemui aku.” Si Saudagar pun bersetuju untuk membantu orang gajinya. Orang gaji berkenaan tanpa berlengah-lengah terus menyiapkan persiapan, kemudian dia pun menunggang kuda dengan pantas menuju kota Samarra.

Kemudian saudagar itu berjalan ke pasar. Dia menjumpai Maut yang sedang berdiri di satu sudut pasar. Saudagar itu mendapatkan Maut dan bertanya kenapa Maut memberi isyarat ancaman kepada orang gajinya. Si Maut pun menjawab, “Tidak, itu bukan isyarat ancaman sama sekali, cuma aku terperanjat. Aku merasa amat hairan kerana bertemu dengannya di kota Baghdad ini sedangkan aku memang ada temujanji untuk bertemunya pada malam ini di KOTA SAMARRA.”

*Sesungguhnya kehidupan akhirat jua yang kekal abadi..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails