Tuesday, November 24, 2009

Marah?!!Gulpp!

0 comments

hai korang...sepanjang hari ni aku asyik blogging jer..baru je dah makan..bila dah kenyang, emosi pun stabil, dah takde rasa nak marah2 kan?hehe..
di sini aku nak berkongsi sedikit tips menghadapi kemarahan, melalui pengalaman sendiri dan jugak melalui pembacaan. ada 4 keadaan yg aku nak terangkan mengenai marah.

1- Perempuan Yang Sedang Marah
aku rasa tak ada sesiapa yg berhak membangkang apa yg aku tulis utk kategori ni memandangkan ini adalah perkara yg benar.menghadapi perempuan (I   mean, perempuan dewasa atau boleh jugak dikatakan awek korang2 ler..) yg sedang marah bukanlah sesuatu yg susah.secara fitrahnya wanita dilahirkan mempunyai sensitiviti yang tinggi, sifat penyayang yg tinggi berbanding kaum lelaki.marahnya tak kan lama,paling lama pun takkan sampai seminggu.tapi ini cuma untuk keadaan di mana punca kemarahan nya di tahap sederhana sahaja tau..kalau di tahap najis mughallazoh,memang xpatut!!
ada juga perempuan yg suka dipujuk, tetapi kadangkala makin dipujuk makin menjadi2 merajuknya.apa yg perlu dibuat adalah, biarkan aje.cukup minta maaf then buat mcm tak ada apa2 yg berlaku. bersembanglah seperti biasa, jgn diungkit2 perkara silam.mcm tu lebih cool!

2- Lelaki Yang Sedang Marah
insan yg bernama lelaki ni ada egonya yg tersendiri.minta maaf secukupnya, sbb mmg dah dasar diorg ni suka dipujuk rayu. tapi kalau rs meluat, tak payahla pujuk lebih2.tenung jugak mata lelaki tu dgn seikhlasnya, dgn harapan dimaafkan.pastinya lelaki itu akan mencair sedikit demi sedikit seperti lilin.keh keh keh... ada lagi satu cara yg terakhir boleh dilakukan selain drp yg disebutkan di atas. caranya dgn menitiskan air mata..syahdu mak tau! tp jgnler menangis teresak-esak,nanti mengundang fitnah pulak.cukuplah dengan sedikit genangan air mata dan titisan yg bakal menghancur luluhkan kemarahannya.

3-  Kanak-kanak Yang Sedang Marah
senang jer!bagi coklat..hehe.. sebenarnya salah tanggapan ni. kanak2 selalunya marah atau boleh dikatakan membuat ragam apabila tidak cukup tidur, letih, atau lapar. jadi cuba penuhi apa yg mungkin menjadi keperluannya ketika itu. tetapi ada juga perkara yg membuatkan kanak2 marah apabila keinginan yg bahaya contohnya, tidak kita ikut.ajaklah kanak2 tersebut bersembang atau membuat aktiviti lain supaya perhatiannya dapat dialihkan. kerana rajuk mereka ni tak sama mcm org dewasa, sonang ajo nak pujuk...

4- Diri Sendiri Yang Sedang Marah
sebenarnya bukan setiap kali kita berasa marah, mudah utk mengawalnya.kadangkala kita sendiri tidak menyedari bahawa kita telahpun melepaskan kemarahan tersebut kpd orang lain, kanak2, kucing atau mungkin juga kerusi, meja juga pintu di rumah kita. walau bagaimanapun, kawalan marah itu akan menurut kebiasaan kita.iaitu, sejauh mana kita berusaha utk mengawal diri.kerana emosi perlukan kuasa untuk mengawalnya. adalah lebih baik jika mengucap Ta'awuz iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " kerana sesungguhnya marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia), maka berlindunglah dengan Allah daripada kejahatannya.
Selain itu, jika anda berasa marah, fikirkan bahawa mimik muka kita ketika itu sudah berubah menjadi tidak cantik / hensem lagi. jika ada orglain yg ingin kita lemparkan perasaan marah itu, segeralah beredar dr tempat tersebut. selain tu, minum air juga boleh menyejukkan hati yg sedang menggelegak. yg paling senang, pergi ke bilik air dan basuhlah muka dan tangan kita. lebih baik lagi ambil wudhuk. Sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an nar )dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)."

Sabda Rasul saw:" Sesiapa yg menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yg tercetus hati utk melaksanakannya;Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu daud.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails