Monday, February 22, 2010

Perempuan atau Betina?

2 comments
aku tergelak mengingatkan perbualan aku bersama dgn bebrapa org teman satu ketika..topik perbincangan pd hari itu ialah perkara2 yang membezakan seorang Perempuan dengan Betina...tapi kesimpulan yg didapati selepas perbualan tersebut, didapati ada juga yang kelihatan seperti perempuan tetapi rupa2nya adalah betina..ada juga yang kelihatannya seperti Betina, tetapi secara dalamannya adalah Perempuan...kerana sebuah buku tu xboleh dinilai drp kulitnya...hehehehe...betul ke tak?bukan aku yg cakap, tapi diorang...diorang okey?ahaks!!

ada beberapa perkara yang disimpulkan selepas perbualan tersebut.....
ada jenis individu yg secara penampilannya dilihat okey..so-so..dr segi pakaiannya..okeylah..tp bila memulakan pergaulan dengan individu ini, barulah kelihatan ciri-ciri betina yang sgt terserlah..kata diorang, gedik adalah salah satu ciri yg paling tepat utk diberi kpd golongan begini..gaya yang manja,menggoda..walaupun muka taklah secantik mana..cuma kurang sikit je taraf drp dugong..tp dengan kegedikan ini, ada juga mata2 lelaki yg menjadi rabun dan mungkin terus buta..hahaha...apapun sebenarnya sayang, kerana diciptakan wanita itu adalah sebagai tunjang kekuatan lelaki..bukannya sebagai murahan..

Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, sekiranya ia menjadi remaja ia akan menjadi remaja yang berhemah, jika ia menjadi seorang isteri, maka ia akan menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan mengegmbirakan hati suaminya. Jika ia sebagai ibu pula, dia akan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Manakala dia sebagai hamba Allah, dia akan tunduk dan tawaduk serta patuh hanya kepada yang maha Esa...

Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 24: 
"Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun".

jenis seterusnya dinilai dr segi interaksi...individu begini mempunyai bakat dlm komunikasi..dlm sesetengah situasi individu ini mampu menjadi org yg peramah, malah menarik perhatian org2 di sekeliling mereka..sayangnya bakat yg ada tak digunakan sebaiknya. mungkin disbbkan kurang ilmu agama, menyebabkan kehidupannya terpesong ke jalan yg tak diredhai..herm..kesian sangat individu yang begini..tp bukanlah 100% berpunca drp dirinya sendiri.mungkin kurang kasih syg dlm keluarga, atau mungkin pernah dianiayai oleh kaum lelaki..who knows..lelaki juga sepatutnya bertanggungjawab ke atas keadaan wanita hari ini..bukan mengambil kesempatan atas kelemahan wanita...kerana itulah tanggungjawab sebenar lelaki ditempatkan sbg khalifah di atas muka bumi ini.. kadang2 terasa ingin mendekati individu yg sebegini..apakah sejarah silam mereka sehingga begitu jadinya...

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”. 
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud “Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.” Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

dalam byk2 perempuan atau betina, ada juga yg menterjemahkan penampilan yg kelihatan agak brutal..ala2 ganaz sketlah..tapi bila dah mendekati individu begini,ternyata individu ini adalah sgt simple hidupnya..tak menyukai perkara2 yg membebankan fikiran..bersahabat dgn golongan ini sgt mudah hidup rasanya..walaupun kelihatan 'gagah' dr segi luarannya, tp jiwa tetap spt perempuan...kehendak,naluri tetap sama..cm physically tak se feminin org lain..

selain itu, ade jgk yg secara luarannya dianggap sbg gedik, tetapi hakikatnya tidaklah begitu..cume kekadang sikap over expose tu agak tak terkawal menyebabkan org sekeliling memandang serong..melalak2 melaung2..walaupun begitu, hati tetap baik..menjadi kawan yang baik, mengambil berat terhadap org sekeliling..mudah juga mendpt kawan, dan dlm masa yg sama mendpt musuh jugek..huhuhuhu..itulah dunia...sentiasa ada yg xpuas hati begitu dan begini..walau apapun jenis perempuan atau betina yg wujud, apa yg termaktub di dalam kitab Al-Qur'an tak boleh disangkal..

buat yg akhirnya, kita renung sedikit pesanan buat aku tertarik dari blog ibnuazman untuk kita, masing2 lelaki dan wanita yang sepatutnya menjadi anak soleh dan solehah..

Pesanan buat anak lelaki
Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.
Pesanan untuk anak perempuan

Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah anda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

p/s : aku teringat plak akan kisah musang berjanggut lakonan p ramlee dan normadiah… arakian kisahnya p ramlee telah diberi syarat oleh sultan  utk mencari perempuan sbg isteri dan bukan betina dalam masa 3 purnama… maka mengembaralah dia ke seluruh pelosok negeri utk mncari perempuan dan bukan betina… aku bukan apa… just nak huraikan disini… cite musang berjanggut tu memberikan satu situasi di mana si lelaki yg baik (p ramlee) ingin mencari perempuan yg baik utk menjadi isterinya… bukannya betina (kira jenis xbaik la nih)…. Dan lelaki yg jahat pula akan mendapat perempuan (a.k.a betina) yg xbaik pula… Kesimpulan yg lebih sempurna yg aku boleh katakan… Allah sudah berfirman di dalam al-Quran:Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)...Surah An-nuur:26

2 comments:

gee says:
February 23, 2010 at 2:09 AM

kalau dah mmg ditaqdirkan jantan dpt betina.. maka lelaki mmg konpem dpt perempuan laaa.. Allah mmg susun bagus doh... lalala

Anonymous says:
April 28, 2010 at 3:32 AM

salam..tidak pasti apa tujuan post ini ditulis..Jika niatmu baik untuk berkongsi ilmu,terima kasih..Jika emosi yang marah merundum menemanimu sepanjang blog ini ditulis, bawak bawakla bersabar dan redha yer..Di sini ade sesuatu untuk dikongsi;
“Hai jiwa (roh) yang muthmainnah (yang tetap yakin. Kembalilah engkau kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai (ia senang dan Tuhan senang pula menyambutnya). Masuklah dalam golongan hamba-hambaKu yang soleh. Masuklah ke dalam syurgaKu.”
(Al-Fajr: 27 – 30)..

-ummu F-

Related Posts with Thumbnails