Friday, February 19, 2010

Cinta Oh Cinta! Jom Kawal Emosi

3 comments
hai...assalamualaikum..lamanya aku tak update di sini.bkn malas,cuma tiap kali menaip,cume separuh jalan sahaja.idea pun tetiba cam kering jer.beratus malah beribu dan berjuta kisah cinta yang baru bermula setiap hari..begitu jgk sebaliknya di mana byk juga hubungan yang hancur di tengah jalan, tak kira apa penyebabnya..

mungkin kehadiran org ketiga yg bangang yg hanya berniat menghancurkan hubungan yg sedia ada,mungkin jugak kerana kebodohan pasangan tersebut yg memberi ruang kepada hubungan yg tak sepatutnya..mungkin ketika cinta sepasang kekasih itu berputik,sekadar dengan niat untuk bercinta sahaja.tidak ke alam perkahwinan..mungkin jugak, bosan dengan sikap pasangan itu sendiri,bagaimanapun faktor ini tidaklah begitu konkrit kerana keserasian dalam suatu hubungan tu perlu dicari, malah setiap perselisihan perlu diselesaikan dengan perbincangan hati ke  hati, bukan sekadar membisu seperti pokok kelapa yang tua yang menunggu masa untuk mati malah lebih cepat lagi mati apabila dipanah petir..mungkin tiada restu dari keluarga atau banyak lagi MUNGKIN yang wujud dalam dunia percintaan..

apa yang PASTI,sesuatu hubungan itu putus lantaran Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.apa yang baik di mata kita bukanlah semestinya terbaik untuk kita,dan apa yang buruk di mata kita bukan semestinya tidak baik utk diri kita. semuanya adalah jalan kehidupan dunia yang sememangnya menuju ke akhirat.semoga kesakitan dunia terubat dengan kebaikan di kahirat kelak...

di pagi yang fresh dan syahdu ni,aku tetiba mendapat ilham untuk masukkan entri tips untuk korang yg sedang dalam kesedihan,kesakitan kerana putus cinta mengatasi emosi yang sedang meratah hati korang...tak kiralah sama ada korang ditinggalkan atau meninggalkan, effectnya tentu sekali tak best.but personally aku rasalah,pihak yang ditinggalkan mengalami kesan yang sgt teruk berbanding satu lagi.apatah lagi jika ditinggalkan dgn seribu tanda tanya..jgn mengomel lg, jom tengok apa tips2 nya.entri ini adalah sepenuhnya tulisan aku sendiri tau..

1 - ada sesetengah keadaan,korang mungkin rasa mcm bermimpi..contohnya, menerima sms seawal pagi berbunyi begini "kita putuskan hubungan kita dan jangan hubungi saya lagi.".bunyinya mudah, yg pastinya merobek hati. bangun dengan menarik nafas, berwuduk dan terus solat.kalau blm masuk subuh bolehla solat sunat 2 rakaat..slps solat,doa semoga ditenangkan hati. dan barulah baca fikir semula apa yg perlu dibuat.then,bertindak dengan bijak.jgn buat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sndri.diri kita adalah kita yg tentukan!
2 - biasalah korang akan rs kurang bermaya. siapa yg paling korang plg senang utk dekati?biasanya orang akan jawab SAHABAT. kalo korang keje hr tu, alah cuti jer..jgn biarkan muka sememeh korang tu dilihat d tpt keje..tp klu hr tu mmg ada keje pntg, nasib korang arr..bukan menidakkan kepentingan ibu bapa dlm hal ini,tapi ada perkara yg biasanya korang belum sedia untuk berkongsi dgn parents. tul kan? so pilih betul2 member yg boleh memahami korang di saat tu. jgn smpai tersalah pilih,krn kesannya akan lbh buruk..buatnya korang tgh bengang,ada plak yg menghentam keslhn pd korang,haru biru keadaan.(unless mmg salah korang,pdn muke koranglaa..kakaka,gurau jer..)so, thanks a lot fren!i really love u!muah2x!cup3x!!kehkehkeh..
3 - step seterusnya, pikir bersama member korang apa yg ptut dilakukan pd saat tu..aduh!korang nangis ke time tu??(bg wanita biasanya, lelaki cam smoking jer kan..)
alahai kesiannya..takpe,nangis tu dibenarkan..biasalah tu, i pun biasa nangis jugak..hahaha..dh lumrah benda tu..cm jgn  sampai tangisan tu melemahkan semangat korang. tapi bangkit berfikir dgn bijak..kalo korang punye relationship tu sudah mempunyai kaitan dgn keluarga, jgn lupa libatkan keluarga dalam perkara ini.contohnya bg yg sudahpun ada ikatan pertunangan. sokongan drp keluarga saaangat penting dlm menghadapi situasi sukar atau ditinggalkan ini.itu yg bakal menjadi penguat semangat anda.bagi yg bercouple tanpa ikatan plak, fikirkan adakah putus perkara terbaik atau msh ada peluang untuk memperbaiki hubungan..jika ada, ajak berbincang secara face to face secara hati ke hati. jika tidak, keraskan hati untuk tidak memikirkan dia lagi.anggap saje lelaki/perempuan yang tak guna itu  tak pantas untuk ditangisi.jgn fikirkan kebaikan mereka di saat korang sdg berusaha melupakan kesedihan.bukan apa,bila korang sdh tenang, emosi akan sendirinya akan stabil dan tak lagi meracau...
4 - bertindak dengan segera pada apa yg perlu disegerakan. bukan apa,kalo korang hanya menunggu meratap,kesakitan akan lebih lama. bertindak dgn pantas sambil berlagak bijak..hahaha..ini penting untuk menjana keyakinan diri korang terhadap apa yg korang lakukan.sudah pasti jika korang bukan dipihak yang salah,Allah akan memberi ilham kepada korang menjurus kpd tindakan yg betul
5 - sindrom2 seperti menangis, tak lalu makan,sukar tidur ,tidur tp asyik terjagadan termenung adalah perkara biasa. malah korang mungkin kehilangan berat badan dgn mendadak dlm tempoh yg menyakitkan ini. tp itu kan sudah untung?xperlu diet pon..hahaha..elakkan menangis di hadapan org, itu prinsip yg sebolehnya perlu dipatuhi. ia akan membuatkan korang kelihatan tabah. kelihatan tabah adalah sgt penting meskipun sebenarnya korang bknlah setabah mana.sebab bila korang kelihatan tabah,member korang akan cakap "aku tgk ko ni rilek jer..takde ar mcm aku dulu ms putus..aku kagum gak ngan ko".itu satu perangsang bagi korang utk menjadi seorang yg lebih tabah lg. nangislah berseorangan ketika solat, sama ada solat wajib atau sunat. bangun di tengah malam mengadu pd Dia..pastinya korang akan merasai ketenangan yg tak terhingga....terima kasih tuhan..
6 - kurangkan mengulangi cerita yang menyakitkan hati korang tu kpd org di sekeliling.ini akan menyebabkan korang lbh sukar memujuk hati sendiri...bercerita satu persatu secara detail kesedihan yg berlaku pd korang hanya akan lbh memakan diri. cerita hanya sekadar yg perlu sahaja....walau apapun yg berlaku, biarkanlah kisah itu tersimpan di hati korang. ubatilah sedikit demi sedikit..masa akan menyembuhkannya di samping banyakkan berdoa dan berzikir mengingati Dia..sebenarnya semua itu hanya ujian yang mematangkan, mengajar korang liku2 hidup yang tak selalunya indah.
7 - kesdihan akan datang berulang di saat korang kesepian. jadi laungkan dlm hati korang "buat ape aku nangis sbb org bodoh tu!dia tak layak untuk memiliki cinta aku!aku takkan bazirkan masa untuk meratapi dia!allah dah tntukan yang lebih baik untuk aku!takbir!!"hehehe...korang laung dlm hati je tau..jgn lebih2 lak..apa??menerima org lain di hati korang? tunggulah hati korang bersedia,then decidelah sendiri..bab ni xtermasuk dlm entri aku daa...

macamana?tip top x aku punye idea?renung2kan dan selamat beramal...;)









3 comments:

rentan says:
February 19, 2010 at 6:33 PM

bagus tips ni...
tp susah gak nak amal kan.. hehe

-aTie- says:
February 19, 2010 at 8:32 PM

menangis itu penawar tp bukanlah keterlaluan...hanya iman yg dapat membantu segla tingkah laku ;)

Khaizarien @ atie Blog

Anonymous says:
April 28, 2010 at 3:38 AM

assalamualaikum bt si penulis blog..Hai ayat, mcm panas je kt dalam hati tu ea...beristighfar byk2itu bagus,tatkala hati dan emosi berduet mengganggu dirimu..jika berlaku sesuatu yg tdk baik, ingatlah " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Redha lah dgn perkataan dan perbuatanmu..bukan hye di mulut atau pada ayat yg kamu coretkan..


-ummu F-

Related Posts with Thumbnails