Tuesday, January 26, 2010

Jauhi Pertengkaran Remeh Temeh

0 comments
for sure, owner blog sagasama tak kisah entri ni ditempek pada blog aku...menarik, memang sentiasa kucari damai di hati..hopefully tak gaduh2 lagi...tapi cemana nak kawal emosi?





Pertengkaran kecil, seperti rasa cemburu, kadang kala boleh mewarnai hubungan antara pasangan. Bagaikan api, semasa kecil ia boleh menjadi kawan tetapi apabila terus dibiarkan berlarutan ia sudah tentunya dapat memudaratkan hubungan mesra. Jika tidak dikawal atau tiada yang mahu mengalah, ego dan keangkuhan salah seorang akan menguasai hala tuju pertengkaran dan memberi impak emosi negatif kepada kedua-dua pasangan.

Setiap kali terjadinya pertengkaran kecil, salah seorang pasangan atau kedua-duanya harus bersedia untuk tidak melanjutkannya kerana pertengkaran berat itu tidak menguntungkan. Nasihat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam lagunya “Kisah Rumah Tangga” …


Kalau salah sedikit
Lekas-lekas diselesaikan
O perkara kecil-kecil
Jangan suka dibesarkan
Itulah satu contoh
Kita perlu buat pedoman


Ada beberapa pedoman lain bagi mengelak pertengkaran remeh-temeh daripada menjadi gunung berapi.

1. Jauhi daripada mengeluarkan komen atau kata-kata yang menyakitkan hati pasangan. Jauhi daripada mengejek, menyindir atau memberi isyarat bahasa badan yang akan menaikan suhu pasangan.

2. Jika merasakan pertengkaran itu semakin teruk, cepat-cepat alihkan topik kepada sesuatu yang menggembirakan kedua-dua pihak.

3. Jauhi sama sekali daripada ingin bertengkar apabila merasakan saat pertengkaran akan berlaku. Katakan anda tidak mahu meneruskan kerana percakaran dialog tidak akan membawa faedah.

4. Rela memaafkan pasangan jika dia tidak mengotakan janjinya, walaupun dia melakukannya secara sengaja ataupun tidak. Kealpaan kecil ini tidak seharusnya merosakkan hubungan mesra kamu berdua.

5. Jangan bersikap berdendam walaupun pasangan anda mahu menyakiti hati anda. Sikap berdendam, mahu ‘mengajar’ atau terlalu peka sebenarnya boleh mengapi-apikan rasa marah sehingga ia menjadi tidak terkawal.

6. Sedarilah bahawa meneruskan pertengkaran itu tidak banyak membawa kebaikan selain daripada melukakan hati masing-masing.

7. Beranikan diri untuk mengingatkan pasangan semasa saat pertengkaran akan memasuki fasa teruk seperti, “Abang/sayang tak guna kita terus bertengkar lagi. Baik kita lupakan saja dan jangan melakukan perkara yang kita tidak suka ini lagi.”

8. Sebaik saja pertengaran remeh-temeh bertukar menjadi lebih buruk, salah seorang dengan ikhlas harus terus memeluk pasangan dan menginsafkan diri masing-masing. Pelukan kasih sayang boleh memberi sedikit kelegaan segera dan menyedarkan bahawa tidak ada faedahnya bertikam lidah, menjerit atau membeliakkan mata antara satu sama lain.

9. Katakan kita harus jauhi kuasa ‘syaitan’ yang cuba membakarkan hati kita.

Harus sedar juga bukan mudah untuk melenturkan ego dan keangkuhan kita saat bertengkar. Proses mencari kesamarataan, saling hormat-menghormati dan sedia menerima kelemahan masing-masing dengan ikhlas adalah sesuatu yang panjang dan rumit. Jika kita berjaya mencapai semua itu, hubungan dengan pasangan akan lebih bahagia

Monday, January 25, 2010

Terlanjur!!

0 comments
ibarat ikan kaloi di dalam botol..mcm tulah aku setelah hmpir 1week tak berkesempatan menelaah isu semasa...ish3...taktau nak ckp apa,jadikan pengajaran..


Kerana santan pulut binasa, kerana mulut blog badan kau yang binasa. Itulah yang terjadi kepada si AdukaTaruna ni. Penulisannya di blog AdukaTaruna yang menghina Almarhum Sultan Iskandar benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat jelata bukan hanya di Johor tetapi di seluruh negara.

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
“Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
Bernama, 24 Januari 2010

Saya ada mengambil beberapa screenshot dari blog tersebut untuk tatapan anda semua.



Sebagai seorang blogger, ini bukanlah caranya untuk anda jadi popular. Ingat, berfikir dulu sebelum buat. Kalau tak, nanti turun naik mahkamahlah jawabnya. Bersiap sedialah dengan duit berjuta-juta untuk bayar saman ye.
Janganlah kita sewenang-wenangnya mempersendakan kedaulatan Raja-raja Melayu seperti yang dilakukan oleh AdukaTaruna ni. Penghinaan seperti ini benar-benar mengguris hati dan perasaan orang-orang Melayu yang begitu menyanjung institusi beraja di negara ini.

Kira-kira 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Belia 4B negeri mengadakan bantahan terhadap penulis blog “Aduka Taruna” yang mengutuk dan menulis kata-kata kesat terhadap Almarhum Sultan Iskandar Ismail selepas kemangkatan baginda, di hadapan Istana Besar, Johor Bahru.

Inikah AdukaTaruna?
Semoga AdukaTaruna terima akibatnya nanti. Setimpal dengan apa yang dah dilakukannya. Permohonan maaf tiada ertinya lagi buat kita. Sekali buat silap, sampai mati orang akan ingat.

UPDATE TERKINI:
Penulis blog Aduka Taruna serah diri
Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.
Difahamkan penulis berkenaan – dikenali sebagai Aduka Taruna – menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman. Setakat jam 6.45 petang semalam (25 Januari 2010).
Malaysikini, 25 Januari 2010

AdukaTaruna ditahan polis
Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.
Berita Harian, 26 Januari 2010
kat sini jugak ada screenshot yg sempat diambil oleh someone, klik sini.
think before act,dahjadi kes besar susahlah..apa sekalipun, tak elok menghina manusia yg dah tak ada..apa sebabnya?mungkin banyak yang tersirat di sebalik apa yg tersurat..wallahua'lam....


Luahan perasaan di blog : baik atau buruk?

6 comments


Salam....aku mendoakan semua org akan mendpt kebahagiaan dalam hidup..

Rutin harian aku tetap berjalan mcm biasa,walaupun ada sikit kelainan yg berlaku akhir2 ni, itu perkara biasa. Hidup perlu diteruskan bukan?aku agak senang jadi silent reader di blog2 yg ownernya tak aku kenali. Otai ke tak diorang ni,ntahler,aku tak reti nak menilai..aku cuma baca entri yg aku rasa menarik dan ada faedah utk aku.Nak klik Nuff?sekali je aku penah klik nuff kat blog nescafeais, tupun bkn apa, aku cm nak tau apa yg ada di sebalik iklan tu.lps tu aku xpenah klik Nuff kat mana2,walaupun ada blogger yg tinggalkan mesej supaya klik Nuff kat blog diorang..sori,bkn xnak,tp malas je.line pun lembab mengalahkan siput...

Banyak2 benda yg aku baca kat blog,ada artikel informasi, yg byk jugak masalah peribody.ermmm…betul,blog mungkin satu medium utk meluahkan perasaan,tp kalau identitinya tak dikenalpasti oleh reader,itu mungkin satu kebaikan.yelah,lepas tension kat skrin lagi bagus dr lepas geram kat manusia kan?aku dpt pelajari sesuatu bila aku terbaca luahan seorang blogger psl masalah dia dan husband..takdela sampai hal dlm kelambu,yg pasti cerita kisah rmhtangga.ego,tak bertolak ansur,tak sependapat…benda ni buat aku berfikir,apa agaknya perasaan husband dia bila terbaca luahan tu?mmg tak dinafikan wanita ni dilahirkan penuh dgn emosi,secara fitrahnya begitu.tak kurang jgk lelaki.cuma kaedah terjemahan perasaan tu yg berbeza.mungkin jgk ada betulnya luahan yg dipublishkan tu.tp kesannya bagaimana?


Secara peribadi,aku kurang bersetuju blog dijadikan tempat meluah masalah rmhtangga apabila identity kita dikenali diblog tersebut.bkn apa,cuba fikir,bila kwn2 yg mengenali pasangan tu tau mengenai mslh rmhtga diorang,bkn ke akan menimbulkan pelbagai persepsi?pelbagai pendapat diberikan,akhirnya takde jln penyelesaian.just my personal opinion jer,lgpun aku masih single lagi.realiti alam rmhtga tu aku mmg xtau langsung.tapi kalau identity kita tak didedahkan mcmana pulak?

Ada kalanya, luahan begitu lebih ikhlas dan memberi impak juga pd sesuatu hubungan.bukan semua kata2 boleh dilafazkan dengan suara, kata hati tu lebih ikhlas bila dilakarkan dlm bentuk tulisan.mungkin dr situ seseorang lebih memahami diri pasangannya…betul ke?bergantung pada ayat2 cinta yg ditulis tu lah…

Keadaan plak mgkin berbeza bg pasangan yg belum berumahtangga..mungkin..entahla,dr segi hukum,mcmana tu?adakah dikira membuka kepincangan rumahtangga,atau bagaimana?akupun kurang arif..ada tak ahli dlm bidang ni yg boleh memberikan pendapat?

Errmmm…semuanya membebankan otakku untuk berfikir..dan manusia sememangnya dicipta untuk berfikir baik dan buruk sesuatu perkara..juga berfikir sebelum bertindak…aku melatih diri untuk think before act..yeah!





Sunday, January 17, 2010

Talasemia tu Apa Yekk?

0 comments
salam semua...
aku selalu terima call drp kakak aku yang tinggal kat setiu(ada lagi adik beradik aku yg slalu call,sebut ajelaa..),begitu jgk dgn 2 hr lps..biasalah..sembang2 adik beradik..mcm2 cerita lah..kakak aku pregnant dan bakal melahirkan anak buah aku yang ke 21..wow!!ramainya cucu mak aku...


aku rasa terpanggil nak buat entri mengenai penyakit Thalassemia pasal doktor yang check kakak aku mengesahkan bahawa kakak aku ni adalah pembawa Thalassemia.bunyinya agak serius...patutlah dlm tv pun ada disarankan supaya rakyat Malaysia check sama ada kita ada Talasemia atau tak.




apa itu Talasemia?jom, teruskan bacaan korang.

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.


Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.

Jenis-jenis Talasemia


Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu :-
1) Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
2) Pesakit talasemia (Talasemia major)

Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:

a- Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
b- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
c- Jaundis
d- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
e- Tumbesaran terbantut
f- Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka

Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?

Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi



Rawatan untuk pesakit Talasemia

Pesakit talasemia tajor perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan.Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelejar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.

Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.

Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan,. sementara rawatan gen masih di dalam kajian.

Komplikasi Talasemia

Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.

Bolehkah Talasemia dicegah?

Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.

Adakah kumpulan sokongan untuk pesakit Talasemia?

Sila hubungi hospital berhampiran, klinik atau Persatuan Talasemia Malaysia.


Patut la dlm tv pun ada iklan suh cek talasemia.Satu langkah bijak yang perlu kita lakukan!

Monday, January 11, 2010

Mari Jadi Blogger Prihatin

0 comments


aku ada terbaca entri berkenaan kempen ni di Gengblogger dalam banyak jugak la blog aku dah tak ingat.tapi yang latest sebelum aku masukkan post ni sebagai tanda prihatin adalah di laman blog Nescafeais. bukan aku tanak letak, tapi aku yang mmg tak terer dalam dunia blog ni tak tau macamana nak ambik Ribbon Blogger We Care ni dan masukkan kat blog aku.tapi entah mcmana lps baca blog lu wahai Nescafeais aku bleh dpt inspirasi nak pegi kat blog Hydir. lu memang otai bro..hehe..

Ribbon ini adalah sebagai tanda support dan keprihatinan blogger kepada seorang blogger yang disebut dalam blog sdra Hydir  iaitu En Megat. korang boleh membaca dengan lebih lanjut di laman blog En.Megat dalan entri :Tangisan Aku, Isteri dan Anak2.
aku jugak turut memasukkan blog En. Megat dalam link blogger di side bar blog ni sebab aku rasa byk yang menarik kat dalam tu.

Mari kita sama2 berkempen, letakkan Ribbon Blogger We Care dan setiap blog yang meletakkan Ribbon ini akan menyumbang RM1 kepada En. Megat dengan tajaan kbsoccernet.

korang juga boleh menyumbang melalui :

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman




Aneh di AJL 24

0 comments
Aku baru je ping blog di Gengblogger bila aku nampak entri berkaitan entiti aneh di malam AJL ke 24 baru2 ni.entri asalnya di laman blog Klubbkidd memaparkan gambar objek aneh yang kelihatan di bahagian atas stadium di mana acara tersebut berlangsung.


nak kata percaya sangat atau tak percaya sangat tu tidakla..tapi kita tak lehla nafikan kewujudan makhluk2 halus di samping kewujudan makhluk2 kasar yg selalu membuat kemurkaan di muka bumi ni kan. menurut Klubbkidd entiti tersebut telah dirakamkan menggunakan kamera peribadinya, so gambar tersebut telah cuba dibesarkan dan di clear up menggunakan Adobe Photoshop.
Objek yang dimaksudkan tu berada di atas 'b' yang kedua dalam gambar di sebelah. cuba korang perhatikan, ada kan?isnya berwarna putih.nampak mcm orang jugakla bentuknya. menurut Klubbkidd lagi, beliau dan beberapa orang kawan telah melihat objek itu yang seakan melambai2 dan merenung ke arah penonton. tak pulak dinyatakan berapa lama objek tersebut kelihatan. kat bawah pulak adalah close-up gambar tersebut.diorang jgk dah refer pada production house tv3 berkenaan perkara tersebut..dan ini adalah hasil dr kajian yg telah dilakukan:




a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut. They came down in the middle of the stage area, above the pit that had hydraulics to lower or raise performers. This was right above the front end of the stage near the audience.

b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain - dan tak mungkin dancer unsupervised alone kalao betol. There had to be a technical/production person to act as a spotter and there was none. Besides, point a. pon da buktikan it's not a dancer.

c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that - orang production akan pakai warna hitam sahaja.

d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.


haa...macamana korang rasa?mungkin peminat Faizal Tahir la kot...

p/s: sekali aku rasa cam misteri nusantara je taip artikel camni.hehehe 

Mas Kahwin Yang Hilang

2 comments

Terima kasih sahabatku..kerana menyediakan artikel menarik untuk tatapanku..hehehe....


###artikel ni aku kutip dr e-book "maskahwin yg hilang" bought by my fwen alina.. aku tumpang baca je pun.. huhu... akceli e-book maskahwin yg hilang byk ajar cara2 nak jimat dan simpan duit utk org2 yg nak kawen la nih.. so, aku just amek intro die aku tepek la kat blog aku... kalau nak baca lebey2 sila beli la ye... hahaha...####






Di dalam surah An-Nur, ayat 33 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

"Dan org2 yg tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dr limpah kurniaNya."


Di dalam al-quran, Allah SWT telah berjanji, barang siapa yg mempunyai keinginan serta niat yg ikhlas utk berkahwin kerana Allah SWT, tetapi kekurangan duit atau kemampuan utk melangsungkan perkahwinan mereka, hendaklah mereka menjaga "kehormatannya" yg bermaksud, menjaga kemaluan serta diri mereka drpd melakukan maksiat atau perbuatan keji. Sehinggalah, Allah SWT mengurniakan rezeki yg melimpah ruah kepadanya utk berkahwin.

Namun begitu, ini tidaklah bermakna dgn hanya berniat ingin berkahwin kemudian duduk shj diam2 dirumah, beribu-ribu duit akan terbang jatuh dr langit ke riba anda.. jika anda beranggapan atau membayangkannya sebegitu.. nampaknya.. membujanglah anda sampai ke tua.. ops!!

Anda mungkin pernah dgr org2 tua berkata, "org yg hendak berkahwin ini, insyaAllah murah rezekinya"... sebenarnya mereka berkata begitu kerana mereka tahu dan yakin dgn janji Allah SWT di dlm al-Quran. Janji siapa lg yg perlu kita percaya dan yakini jika tidak janji Allah SWT? sesungguhnya Allah tdk pernah memungkiri janjiNya..

oleh itu, jauhilah diri drpd melakukan maksiat.. kurangkanlah sedikit "dating2" tu.. seeloknya pertemuan dgn bakal isteri itu biarlah ditemani adik, ibu atau rakan2 yg lain. elakkan drpd berduaan di tpt sunyi, berpegang tgn ataupun duduk berpelukan. dlm firman Allah SWT di atas tlh jelas dinyatakan, Allah berfirman... "hendaklah menjaga kehormatan" terlebih dahulu, barulah diikuti dgn ayat "Allah memberi kekayaan kepada mereka"....

Jadi jelas dlm janji Allah, hindarkan maksiat terlebih dahulu, kemudian, barulah kekayaan itu akan datang. bukannya kekayaan dtg dulu barulah perlu hindari maksiat.

sekali lg... percayalah dgn janji Allah. hindari maksiat, nescaya segala usaha yg anda lakukan akan dipermudahkan dan masalah ketidakcukupan duit utk berkahwin akan selesai.

credit to : g-ah
Related Posts with Thumbnails