Showing posts with label Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Buat Duit di Internet?

1 comments
akhir2 ni semenjak rajin on9, selalu jer aku tertarik pd ape2 yg berkait dgn buat duit di internet. tp tiap kali nk bank in duit, rasa ragu2 plak...ade jgk kwn2 yg dh join, even dh berjaya pun dpt duit..memang la tertarik..pagi ni plak aku tertarik pd satu lg info yg baru..hehehe...sape yg xnak duit kan?duit..duit..duit....tipulah kalo ada org yg xnak duit..cume method nk dptkan duit dgn cara yg betul,selamat dan yg paling penting sekali halal melalui internet...

dan entri aku ni berdasarkan pembacaan aku yg aku rs boleh dipercayai,takdelah aku kata memang kena ikut..cm sekadar perkongsian ilmu pengetahuan, malah kalau ade sesape yg nk kongsi cara buat duit di internet lagilah aku suka..aku pun nk cuba jgk, cm belum mulakan...sape yg xnak duit oiii...hehehehe

artikel2 ni actually dh lamapun, cm aku yg kurang ikut perkembangan semasa ni biasalah, tertinggal bas. tapi ilmu tu xkan pernah basi..hehehe 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketahui! Kaedah membuat duit di internet yang sebenar!


Kepada rakan yang dikasihi..
Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini. 

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.... diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET.... atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ... bunyinya apa?... PERNIAGAAN ... (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?)

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang "KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET " , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang "BUAT DUIT DI INTERNET". 

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-
  1. Perniagaan Internet
  2. Program Internet
  3. Pelaburan Internet
Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".
Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel
Perniagaan Berasaskan Produk
Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.
Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-
Produk Fizikal
  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual Menjual CD multimedia
  • Menjual Cadar

    Produk Digital
  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi...
Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!
Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.
Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.
Jika anda berminat untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang cara-cara membina perniagaan di internet yang betul, sertailah komuniti kami di www.wangcyber.com , banyak tips-tips serta ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membina perniagaan internet yang berjaya dikongsikan di website tersebut.

2) Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".
Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-
  • Program Pengiklanan
    • Google Adsense
    • Text-Links-Ads
    • Bidvertiser
    • Nuffnang
    • Advertlets

  • Program Affiliate
    • Clickbank
    • Commision Junction
    • PayDotCom
    • Amazon.com

  • Internet MLM

  • Get Paid To Program
    • Get Paid to Read Email
    • Get Paid to Surf
    • Get Paid to Survey

  • Randomizer
  • Forced Matrix
Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

Program Pengiklanan

Program pengiklanan seperti google adsense, bidvertiser, text-link-ads , nuffnang dan yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang menghubungkan antara "pihak penerbit iklan" dengan "pihak pembeli iklan". Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak "Penerbit Iklan", atau lebih dikenali sebagai "Publisher".
Sebagai seorang "publisher", anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.
Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).

Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.
Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".
Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.
Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.
Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .

Internet MLM

Kini, Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.
Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.
Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan "jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.
Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar kepada "Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"
Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.
Saya pernah menulis dengan panjang lebar mengenai "Skim Piramid yang bertopengkan MLM" ini, untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh lihat disini http://www.wangcyber.com/forum/showpost.php?p=2657&postcount=2

Program "Get Paid To..." (GPT)

Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email yang dihantar. Usah mudah percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. "Dari mana mereka dapat duit untuk membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?". Dari pihak pengiklan? Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.
Tujuan sebenar penganjur program-program "get paid to.." ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah, website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.
Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program seperti ini.

Program Randomizer

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program ini.
Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.

Program Forced Matrix

Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan "forced matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang "bodoh" di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata "Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah... segala usaha kita akan berhasil!"... Usaha apanya? Program dah tepu... nak usaha apa lagi?
Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid yang digunakan oleh program "forced matrix 5"
Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi orang "kurang pandai" yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 - 2). Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program seperti ini, ini kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai program tersebut. 


3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!
Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?
Yang penting..... cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!
HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.
Inilah kaedah buat duit di internet yang di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 lepas. Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.
Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.
"Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit banyak begini?" kata pelabur A
"Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda itu, mereka itu semua melayu yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki! Tidak boleh tengok orang senang sikit! " kata pelabur B
"Haram konon.... boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau nak haram.. haramkan semuanya!" kata pelabur C yang cuba menghalalkan perkara yang haram.
Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati website-website berikut :-
Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram & cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka tidak lagi memberikan pulangan "tetap", tetapi pulangan diberikan, berdasarkan "prestasi" pelaburan pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan? Mana laporan pelaburan tahunan? "Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu rahsia strategi pelaburan kami!" alasan ringkas yang mereka berikan untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.
Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah...ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.
Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan yang anda perolehi itu? Oh! yer... apabila saya menyuruh anda membuat "selidikan" , ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka dan kemudiannya mempercayainya 100%.
Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan "selidik" ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat?. Tetapi jika anda terlalu daif untuk membuat selidikan, tanyalah dan rujuklah kepada rakan-rakan lain yang lebih arif. Dimana hendak mencari rakan-rakan yang lebih arif mengenai topik BUAT DUIT DI INTERNET? , wangcyber.com adalah salah satu tempat yang terbaik.

Pelaburan Forex

Satu lagi pelaburan yang menjadi kegilaan orang ramai pada waktu ini, (terutamanya bekas-bekas mangsa Autosurf & HYIP) ialah pelaburan forex menerusi internet. Untuk makluman anda, pelaburan forex adalah merupakan satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan, pihak kerajaan serta pihak Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini. Hanya beberapa institusi perbankan sahaja yang dibenarkan dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusniaga forex tersebut. Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.
Oleh itu, apa yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai "keghairahan" yang tinggi terhadap pelaburan forex ini , mereka mencari dan menggunakan website-website broker dari luar negara untuk menjalankan urusniaga forex mereka.
Namun begitu, apa yang mereka tidak sedar, kebanyakkan website-website broker tersebut adalah scam dan tidak berlesen.
Jadi, kepada mereka yang "keghairahan" sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi daripada bermain forex, berhati-hatilah apabila anda ingin memilih website-website broker untuk melabur di dalam forex.

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia menerusi Internet

Bank-bank di malaysia seperti Maybank, CIMB , RHB dan lain-lainnya telah melangkah setapak lagi di dalam mengoptimunkan penggunaan internet di dalam perniagaan mereka. Ini kerana, bank-bank tersebut, telah berjaya menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya melakukan urusan jual beli saham di Bursa Malaysia hanya melalui internet , menerusi laman web mereka.
Untuk menjalankan urusniaga (bermain) saham di Bursa Malaysia menerusi internet ini, anda perlu membuka akaun perdagangan (Trading & CDS Account) anda dimana-mana cawangan bank Maybank / CIMB / RHB berdekatan anda.
Namun begitu, perlu difahami, pelaburan saham di Bursa Malaysia mempunyai risiko yang agak tinggi juga. Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melaburkan wang anda di pasaran saham tersebut.
Pelaburan saham ini tidak ada kaitannya dengan "PELABURAN INTERNET" yang telah saya nyataan di atas, ia adalah pelaburan saham yang biasa di Bursa Malaysia, cuma kini, semua urusniaga jual beli saham tersebut, boleh dilakukan menerusi internet.
Jadi, pelaburan saham di bursa malaysia yang dijalankan menerusi internet ini bolehlah dikatakan selamat & benar, kerana anda melabur di Bursa Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf urusniaganya oleh bank negara malaysia. 

Kesimpulan

Kesimpulannya... BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu perkara yang ajaib dan penuh dengan tipu daya!. Ianya tidak mustahil dan telah pun dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di Malaysia, terdapat ramai individu yang telah berjaya menjana pendapatan di internet. Alang , Shuth, Gobala, Zamri Nanyan, Kidino, Saifulsham, Smartzul, Galadriel, Mohd Sufian, Liew CF, Gaman, Tuah Emas, Labanon, Tazilan, Sham , Bitol , Patric Chan, Sunny Tan , Azhar dan ramai lagi yang tidak mampu untuk saya senaraikan semuanya disini... adalah antara rakyat malaysia yang telah berjaya membuat duit di internet melalui PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing
Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN INTERNET & PELABURAN INTERNET. Ianya adalah 2 kaedah buat duit di internet yang amat jauh berbeza. Kami di WangCyber.com amat-amat menggalakkan masyarakat di malaysia membina & menjalankan PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing, dan kami di wangcyber.com juga, menolak dan menentang sekeras-kerasnya PELABURAN-PELABURAN HARAM serta SKIM-SKIM CEPAT KAYA yang wujud di internet.
Dengan penjelasan ringkas saya ini, diharapkan, tiada lagi kekeliruan daripada mana-mana pihak mengenai istilah PERNIAGAAN & PELABURAN Internet serta salah anggapan mengenai hakikat sebenar BUAT DUIT DI INTERNET.
Sekian, salam keusahawanan dari saya..
Wassalam.
Mohd Suhaimy a.k.a shuth
WangCyber.com Founder
18 May 2007 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini satu artikel yg menarik perhatian aku utk lebih byk mendptkan info sebelum redah ajer...cau cin cau...


Monday, January 25, 2010

Terlanjur!!

0 comments
ibarat ikan kaloi di dalam botol..mcm tulah aku setelah hmpir 1week tak berkesempatan menelaah isu semasa...ish3...taktau nak ckp apa,jadikan pengajaran..


Kerana santan pulut binasa, kerana mulut blog badan kau yang binasa. Itulah yang terjadi kepada si AdukaTaruna ni. Penulisannya di blog AdukaTaruna yang menghina Almarhum Sultan Iskandar benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat jelata bukan hanya di Johor tetapi di seluruh negara.

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
“Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
Bernama, 24 Januari 2010

Saya ada mengambil beberapa screenshot dari blog tersebut untuk tatapan anda semua.



Sebagai seorang blogger, ini bukanlah caranya untuk anda jadi popular. Ingat, berfikir dulu sebelum buat. Kalau tak, nanti turun naik mahkamahlah jawabnya. Bersiap sedialah dengan duit berjuta-juta untuk bayar saman ye.
Janganlah kita sewenang-wenangnya mempersendakan kedaulatan Raja-raja Melayu seperti yang dilakukan oleh AdukaTaruna ni. Penghinaan seperti ini benar-benar mengguris hati dan perasaan orang-orang Melayu yang begitu menyanjung institusi beraja di negara ini.

Kira-kira 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Belia 4B negeri mengadakan bantahan terhadap penulis blog “Aduka Taruna” yang mengutuk dan menulis kata-kata kesat terhadap Almarhum Sultan Iskandar Ismail selepas kemangkatan baginda, di hadapan Istana Besar, Johor Bahru.

Inikah AdukaTaruna?
Semoga AdukaTaruna terima akibatnya nanti. Setimpal dengan apa yang dah dilakukannya. Permohonan maaf tiada ertinya lagi buat kita. Sekali buat silap, sampai mati orang akan ingat.

UPDATE TERKINI:
Penulis blog Aduka Taruna serah diri
Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.
Difahamkan penulis berkenaan – dikenali sebagai Aduka Taruna – menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman. Setakat jam 6.45 petang semalam (25 Januari 2010).
Malaysikini, 25 Januari 2010

AdukaTaruna ditahan polis
Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.
Berita Harian, 26 Januari 2010
kat sini jugak ada screenshot yg sempat diambil oleh someone, klik sini.
think before act,dahjadi kes besar susahlah..apa sekalipun, tak elok menghina manusia yg dah tak ada..apa sebabnya?mungkin banyak yang tersirat di sebalik apa yg tersurat..wallahua'lam....


Luahan perasaan di blog : baik atau buruk?

6 comments


Salam....aku mendoakan semua org akan mendpt kebahagiaan dalam hidup..

Rutin harian aku tetap berjalan mcm biasa,walaupun ada sikit kelainan yg berlaku akhir2 ni, itu perkara biasa. Hidup perlu diteruskan bukan?aku agak senang jadi silent reader di blog2 yg ownernya tak aku kenali. Otai ke tak diorang ni,ntahler,aku tak reti nak menilai..aku cuma baca entri yg aku rasa menarik dan ada faedah utk aku.Nak klik Nuff?sekali je aku penah klik nuff kat blog nescafeais, tupun bkn apa, aku cm nak tau apa yg ada di sebalik iklan tu.lps tu aku xpenah klik Nuff kat mana2,walaupun ada blogger yg tinggalkan mesej supaya klik Nuff kat blog diorang..sori,bkn xnak,tp malas je.line pun lembab mengalahkan siput...

Banyak2 benda yg aku baca kat blog,ada artikel informasi, yg byk jugak masalah peribody.ermmm…betul,blog mungkin satu medium utk meluahkan perasaan,tp kalau identitinya tak dikenalpasti oleh reader,itu mungkin satu kebaikan.yelah,lepas tension kat skrin lagi bagus dr lepas geram kat manusia kan?aku dpt pelajari sesuatu bila aku terbaca luahan seorang blogger psl masalah dia dan husband..takdela sampai hal dlm kelambu,yg pasti cerita kisah rmhtangga.ego,tak bertolak ansur,tak sependapat…benda ni buat aku berfikir,apa agaknya perasaan husband dia bila terbaca luahan tu?mmg tak dinafikan wanita ni dilahirkan penuh dgn emosi,secara fitrahnya begitu.tak kurang jgk lelaki.cuma kaedah terjemahan perasaan tu yg berbeza.mungkin jgk ada betulnya luahan yg dipublishkan tu.tp kesannya bagaimana?


Secara peribadi,aku kurang bersetuju blog dijadikan tempat meluah masalah rmhtangga apabila identity kita dikenali diblog tersebut.bkn apa,cuba fikir,bila kwn2 yg mengenali pasangan tu tau mengenai mslh rmhtga diorang,bkn ke akan menimbulkan pelbagai persepsi?pelbagai pendapat diberikan,akhirnya takde jln penyelesaian.just my personal opinion jer,lgpun aku masih single lagi.realiti alam rmhtga tu aku mmg xtau langsung.tapi kalau identity kita tak didedahkan mcmana pulak?

Ada kalanya, luahan begitu lebih ikhlas dan memberi impak juga pd sesuatu hubungan.bukan semua kata2 boleh dilafazkan dengan suara, kata hati tu lebih ikhlas bila dilakarkan dlm bentuk tulisan.mungkin dr situ seseorang lebih memahami diri pasangannya…betul ke?bergantung pada ayat2 cinta yg ditulis tu lah…

Keadaan plak mgkin berbeza bg pasangan yg belum berumahtangga..mungkin..entahla,dr segi hukum,mcmana tu?adakah dikira membuka kepincangan rumahtangga,atau bagaimana?akupun kurang arif..ada tak ahli dlm bidang ni yg boleh memberikan pendapat?

Errmmm…semuanya membebankan otakku untuk berfikir..dan manusia sememangnya dicipta untuk berfikir baik dan buruk sesuatu perkara..juga berfikir sebelum bertindak…aku melatih diri untuk think before act..yeah!





Monday, January 11, 2010

Mari Jadi Blogger Prihatin

0 comments


aku ada terbaca entri berkenaan kempen ni di Gengblogger dalam banyak jugak la blog aku dah tak ingat.tapi yang latest sebelum aku masukkan post ni sebagai tanda prihatin adalah di laman blog Nescafeais. bukan aku tanak letak, tapi aku yang mmg tak terer dalam dunia blog ni tak tau macamana nak ambik Ribbon Blogger We Care ni dan masukkan kat blog aku.tapi entah mcmana lps baca blog lu wahai Nescafeais aku bleh dpt inspirasi nak pegi kat blog Hydir. lu memang otai bro..hehe..

Ribbon ini adalah sebagai tanda support dan keprihatinan blogger kepada seorang blogger yang disebut dalam blog sdra Hydir  iaitu En Megat. korang boleh membaca dengan lebih lanjut di laman blog En.Megat dalan entri :Tangisan Aku, Isteri dan Anak2.
aku jugak turut memasukkan blog En. Megat dalam link blogger di side bar blog ni sebab aku rasa byk yang menarik kat dalam tu.

Mari kita sama2 berkempen, letakkan Ribbon Blogger We Care dan setiap blog yang meletakkan Ribbon ini akan menyumbang RM1 kepada En. Megat dengan tajaan kbsoccernet.

korang juga boleh menyumbang melalui :

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman




Aneh di AJL 24

0 comments
Aku baru je ping blog di Gengblogger bila aku nampak entri berkaitan entiti aneh di malam AJL ke 24 baru2 ni.entri asalnya di laman blog Klubbkidd memaparkan gambar objek aneh yang kelihatan di bahagian atas stadium di mana acara tersebut berlangsung.


nak kata percaya sangat atau tak percaya sangat tu tidakla..tapi kita tak lehla nafikan kewujudan makhluk2 halus di samping kewujudan makhluk2 kasar yg selalu membuat kemurkaan di muka bumi ni kan. menurut Klubbkidd entiti tersebut telah dirakamkan menggunakan kamera peribadinya, so gambar tersebut telah cuba dibesarkan dan di clear up menggunakan Adobe Photoshop.
Objek yang dimaksudkan tu berada di atas 'b' yang kedua dalam gambar di sebelah. cuba korang perhatikan, ada kan?isnya berwarna putih.nampak mcm orang jugakla bentuknya. menurut Klubbkidd lagi, beliau dan beberapa orang kawan telah melihat objek itu yang seakan melambai2 dan merenung ke arah penonton. tak pulak dinyatakan berapa lama objek tersebut kelihatan. kat bawah pulak adalah close-up gambar tersebut.diorang jgk dah refer pada production house tv3 berkenaan perkara tersebut..dan ini adalah hasil dr kajian yg telah dilakukan:




a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut. They came down in the middle of the stage area, above the pit that had hydraulics to lower or raise performers. This was right above the front end of the stage near the audience.

b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain - dan tak mungkin dancer unsupervised alone kalao betol. There had to be a technical/production person to act as a spotter and there was none. Besides, point a. pon da buktikan it's not a dancer.

c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that - orang production akan pakai warna hitam sahaja.

d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.


haa...macamana korang rasa?mungkin peminat Faizal Tahir la kot...

p/s: sekali aku rasa cam misteri nusantara je taip artikel camni.hehehe 

Sunday, January 10, 2010

Facebook oh Facebook

0 comments

skang ni fb dah jadi laman sesawang paling tip top mengalahkan fs yang digunakan sebelum ni.bkn ajer golongan remaja atau dewasa atau yg bekerja, malah para surirumah dan kanak2 tak ketinggalan org2 yg berusia pun turut sama aktif dengan akaun fb mereka. aku pernah terbaca berkenaan facebook di blog Mazidul Akmal yg ada jugak disertakan sumber maklumat2 yg diberitahu. aku sendiri taktau betul atau tidaknya,tapi bolehlah kita luaskan pengetahuan kita ya..dan kita fikirkan sendiri bagaimana untuk memanipulasikannya.


berikut petikan Metro Ahad bertarikh 10 Januari 2010:

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?” Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin? Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas.

Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.  

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

KESIMPULAN Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.


2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Sunday, January 3, 2010

BN - Barang Naik lagi..uwaa!!

0 comments
" Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. "
Sumber : Malaysiakini



itu baru gula..harga roti gardenia jugak bakal naik dengarnya..sampai hampir 4 ringgit..waaa...kena uli sendiri roti kalau mcm ni. tu baru roti..bulan november 2009 harga barang dapur melonjak dengan jayanya, harga bawang besar dan bawang merah naik sehingga hampir 5 ringgit.
harga rokok macamana?grrrr.....

barang nak naik tadak kisah, tapi gaji mau naik jugak la....

Tuesday, December 15, 2009

Aku Obsess!

0 comments

Hai korang…entah kenapa lately aku jadi obsess ngan lagu2 lama, especially zaman hitam putih dulu (P.Ramlee daaaaa…). Ntah kenapa aku jadi semacam khayal jer bile layan lagu2 p.ramlee. nipun sambil menaip aku duk layan lagu yang dinyanyikan dalam filem Penarik Beca..

“ engkau laksana bulan...tinggi di atas kayangan..hatiku dah kau tawan..hidupku tak keruan.”
“mengapa ku disiksa..kenapa kita bersua...berjumpa dan bercinta..tetapi menderita..oooo….”
“oooo..kau cabutlah nyawaku...oh tuhanku mengapakah kau bezakan hidupku…oh tuhanku mengapakah..manusia begitu…”


Aduhhh…rasa cam tersentap je jantung aku..best giler!tapi kenapa anak buah aku gelakkan aku pulak..diorang ni memang tak tau apa value lagu2 lama ni, yang diorang tau..hip hop, pastu yo!yo!, wazzup man!ya a’au!ya a’au!!you rock man!!
Lagu skang ni ntah ape2, yang penyanyi nya pun terkangkang sana sini..mcm yang kat atas pokok tu.

Layan…sambung lagi..itu baru satu lagu jiwang..ni lagu kisah rumahtangga dalam filem Keluarga 69 pulak…

“ o dengarlah tuan2 sebuah kisah suami isteri, kadangkala terdapat si isteri memerintah suami, disuruh duduk duduk dijerit2 dibentak2, suaminya dulu hensem rambut panjang dah jadi botak..u la la..kalau memilih isteri ala abang, biar betul2,jgn tersalah pilih ala abang,kena queen control..”
   
“u lalalala...kisah rumah lah tangga, ada2 saja…”

“o kadangkala terdapat suami jahat isteri budiman, isterinya cukup sabar perangai suami ya allah mcm setan,kalau di belakang isteri hai joli sana joli sini, kalau di depan isteri amboi pijak semut pun tak mati…..u la la…kalau memilih suami ala adik, biar betul2, jgn tersalah pilih ala adik, kena kaki botol..”

“u lalalala…………………….kisah rumah lah tangga ada2 saja”

“Oh rumah tangga yang cantik, suami isteri hidup aman,kalau salah sedikit lekas2 diselesaikan,perkara kecil2 jgn suka dibesarkan,itulah satu contoh perlu kita buat pedoman…u lala…kalau pilih pasangan ala tuan biarla berpadan, supaya hidup aman ala tuan, sepanjang zaman..”

“u lalalala…………………….kisah rumah lah tangga itu semestinya”


Haa..kan dah cakap, memang menarik..nasihat secara terang dan jelas lagi, takdelah nak belok2…stret to the point.
Yang ni best,terus rasa nak bercinta..kah kah kah.. sape nak berduet dgn aku? Silakan…silakan…Malam Ku Bermimpi

“malam ku bermimpi hai dgn satu bintang,berkata-kata ku di jendela..kulihat kanda tersenyum memandang, asmara bergelora..meresap ke dada..”

“Malam ku terlihat hai sekuntum lah bunga..baunya harum menarik hati, tak sanggup menahan rasa asmara meresap mendalam menusuk d ijiwa…

“Sayang jauh di balik awan… wajahmu tetap berseri-seri
Laksana bulan sedang mengambang
yang menawan dan menggoncang dalam kalbu”

“Oh angin meniup bawa daku ke sana
Hasratku ingin bersama2
Tak tahan rasa hati menderita..gelora asmara selalu menggoda…”


Sekianlah dulu entri layan lagu-lagu lama untuk kali ini..yang pastinya aku terus terbuai dengan alunan lagu2 p.ramlee..jangan marah aaaa;)..ada tak sape2 yang sehaluan dengan aku???

“malam bulan dipagar bintang. .. .makin indah jika dipandang....bagai gadis beri senyuman… pada bujang idaman…belai kasih ingin dimanja dengan cumbuan mesra… untuk penglipurlara penawar duka asmara…hmmmmm….”

“malam bulan dipagar bintang..tambah seri cuaca malam….murni sungguh ciptaan tuhan…bulan bintang lampu alam…

“andai kata bintang menyepi
bulan tidak berseri
malam menjadi sunyi
 tidak berseri lagi”

Tolong Jangan Degil!

0 comments
lagi satu jenayah yang memang sangat ler berleluasa di Malaysia sekarang nie, iaitu jenayah RAGUT. mari kita jenguk kejap kronologinya. itupun berdasarkan kes yang tercatat dalam laporan dan setakat bulan Mei sahaja tu. hakikatnya lebih daripada tu...pengalaman ragut ni pernah dialami oleh mak aku sendiri. dah bertahun2 yang lalu. waktu tu kalau nak gi bandar memang naik bas, lepastu mak aku jalan kaki dari bank hinggalah ke pasar. peragut bermotor tu dah aim mak aku dari bank lagi, itu sebabnya berhasil jugak kerja diorang hari tu. syukur selamat..waktu tu, tak glamer lagi lah ragut secara ganas macam apa yg berlaku kebelakangan nie.jom kita tengok...


Kronologi Kes Ragut

5 Mei 2009 - Wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.

29 April 2009 - Pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya.

28 April 2009 - Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.


29 Mac 2009 - Nurul Fatimah Ali, 19, koma selepas nekad menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

21 Februari 2009 - Wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.

2 Februari 2009 - Nor Hanani Ibrahim, 21, dari Taman Sena Indah, Kangar nekad mengejar dua penjenayah yang meragut beg tangannya sehingga kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas orang ramai.

4 Januari 2009 - Seorang pembantu tadika dalam perjalanan menghantar laporan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan menunggang motosikal patah kedua-dua kaki dan tangan kanannya selepas diragut di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

10 Disember 2008 - Seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas diragut dua lelaki bermotosikal sebaik selesai membeli barang harian di Pasar Awam Bukit Mertajam.

22 November 2008 - Seorang wanita berusia 65 tahun cedera ringan selepas terjatuh dalam kejadian cubaan meragut beg tangan di hadapan masjid Kampung Gerai, Jertih, Besut.

13 November 2008 - Seorang wanita, Khoo Lee, 38, cedera dalam kejadian cubaan ragut berhampiran lokasi program pencegahan jenayah, di Pusat Perniagaan Pesta Baru, Jalan Bakri, Muar.

29 Oktober 2008 - Hasrat seorang pelajar Tingkatan Lima cuba menolong sepasang kekasih yang menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi kerana maut apabila motosikalnya terbabas diterajang rakan peragut yang mengekorinya.

11 September 2008 - Seorang wanita kerugian kira-kira RM1,200 selepas beg tangannya diragut seorang gadis yang membonceng motosikal seorang lelaki di Jalan Air Putih, Kuantan.

11 Ogos 2008 - Jururawat, Israha Ismail, 29, parah selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Seriab, Kangar.

20 Jun 2008 - Seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, meninggal dunia.

12 Mei 2008 - Isteri seorang kakitangan Berita Harian yang mengandung tiga bulan cedera diragut dua penunggang motosikal di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur.

10 Mei 2008 - Penjual nasi lemak, Siti Zubaidah Ismail, 41, parah manakala anaknya, Noorhasniza Mat Tahir, 14, cedera selepas jatuh dari motosikal apabila seorang lelaki meragut beg tangan dari dalam raga motosikal yang mereka naiki di Simpang Kuala, Alor Setar.

20 April 2008 - Penghantar surat sambilan, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22, cedera ditikam dengan pisau rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas dekat Pintu Geng, Kota Bharu.

10 Februari 2008 - Pelajar Universiti Malaysia Perlis, Nur Amalina Abu Bakar, 20, cedera di kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta ketika cuba mengejar lelaki yang meragut beg tangannya di Alor Setar.

28 Disember 2007 - Guru, Norlidah Misran, 36, patah tulang belakang selepas terjatuh ketika menarik beg tangannya daripada diragut di Muar.

30 Oktober 2007 - Ketua Meja Jenayah akhbar Nanyang Siang Pau, Steven Chiew, 44, cedera di mulut dan hidung terjatuh selepas beg yang disandangnya disentap penjenayah di Kelana Jaya.

apa yang penting kat sini, tolong jangan degil wahai wanita!! aku paling geram dengan pempuan2 yang menunggang motor yg masih lagi berani mendedahkan handbag / beg secara terbuka. tak kiralah sama ada korang galas ker, sangkut pada handle atau dalam raga sekalipun, tolongla pikir nyawa sendiri. kalau motor korang jenis yang takde ruang kosong bawah sit utk letak barang tu, better korang jgn bawak handbag.  biasa jugak aku tengok pempuan yang galas beg, tapi sweater yang dipakai tu tak dizip dengan sempurna. sweater plak disarung di bhgn depan ajer.jadi beg tu akan terdedah bila dilihat dari belakang.


wanita yang menjaga style, ingat2 lah jugak. memangla bergaya bawak handbag mcm mak datin tu, tp ingatler ada mata yg memerhati. tak kira sama ada di kawasan ramai orang atau tidak, beringat ler sebelum kena.
bagi yang bawak kereta pulak, tolongler korang jangan letak handbag kat sit sebelah pemandu. letaklah kat bawah, atau sorokkan bawah tempat duduk, itu lebih selamat. sebab mungkin penunggang motor yg berhenti di sebelah anda ketika lampu merah sedang menunggu peluang mcm tu untuk memecahkan cermin dan mengambil beg anda. dan paling penting, kunci pintu ketika sedang memandu, tak kiralah sama ada anda berseorangan atau tidak.




Sunday, December 13, 2009

Tragedi Pengantin 3 Jam

0 comments

Petikan dari Harian Metro - 12December2009

Oleh Riadz Radzi, Rashidi Karim dan Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my


KANGAR: Hanya tiga jam. Itulah tempoh sempat dinikmati seorang lelaki untuk bergelar suami sebelum menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini, selepas majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah keluarga isterinya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Star, kira-kira jam 10 pagi.
Turut terbunuh kedua-dua ibu bapa Mohd Ariff iaitu Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakan karibnya, Mohd Farhan Musa,18.
Mohd Ariff yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom, tahun ini, sepatutnya memulakan tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, dekat sini, Rabu depan.

aku tumpang sebak baca berita nie..semoga yang dah pergi tu bersemadi dengan aman. yang masih hidup tenanglah menghadapi ujian Allah..sesungguhnya tidaklah dikatakan beriman seseorang itu sehinggalah dia diuji..

Tuesday, December 8, 2009

Tentang Kucing

0 comments



Tahukah anda,

Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!
Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!
Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini! 

Jom tengok penjelasan sains!


Kucing, ataupun kita manusia, ataupun apa-apa jua hidupan di dunia ini, adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing. DNA adalah dianalogikan seperti blueprint, yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainya yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut. Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi, terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut ter-enkripsi dalam DNA kita!


DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom. Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma. Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma. Manusia, contohnya, mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan). Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu.


Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Kromosom Y. Kromosom adalah dalam bentuk berpasangan. Pasangan antara X dan Y menentukan jantina kita. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika XY, maka ianya adalah lelaki.


“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”.


(Surah Yaasin: 36)
Untuk dipendekkan cerita, kita pergi pada kucing terus. Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X.

Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.


Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna). XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!


Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!
 
Kucing Jantan 3 Warna?


Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?


Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.


Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!


Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? 

Kucing Chimera?


Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!


Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.


Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!


"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."


[13:3]
 
Kucing dan Islam!


Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?


Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.


Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:



"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."





Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan.
Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.


Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:


“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”



Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.


Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Dan seperkara lagi, ada sesetengah kepercayaan orang tua yang mengatakan
"Anak dara tak elok membela kucing nanti tiada jodoh dan susah dapat anak. Sebab kucing akan doakan macam tu sebab takut bila kita kahwin and dapat anak kita tidak menyayangi mereka lagi"

Bukankah jodoh, ajal dan maut itu, Allah dah tentukan sejak kita dalam kandungan lagi..Dimanakah kepercayaan kita kepada Qada & Qadar yang Allah dah tetapkan??

"Orang yang penyayang akan disayang oleh Allah Yang Maha Penyayang..Maka sayangilah penduduk bumi, maka penduduk langit akan menyayangi kamu" Hadis Qudsi


credit to : myqirana





Related Posts with Thumbnails