Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, February 12, 2010

Awas!Anda Makan Racun!

0 comments


salam semua..tak percaya rasanya aku kembali mengupdate blog ni...setelah beberapa pkara membimbangkan aku untuk blogging,aku akhirnya buat bodoh jer...jadilah aku wanita yang berhati kayu dan batu(ye ke??)..i've been read this entry dlm kwn aku nye blog..addreesnya ape arr? http://mayumishindo.blogspot.com kot...

tanpa kita sedar,pelbagai penyakit yang dtg pd kita adalah berpunca drp pelbagai makanan yg kita mkn,tanpa mengetahui aturan2 yang penting untuk kita tau..so kat sini ade sikit info untuk dikongsi bersama..
 
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW . Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. 

Jangan makan SUSU bersama DAGING 
Jangan makan DAGING bersamai IKAN (sumber laut dan darat)
Jangan makan IKAN bersama SUSU 
Jangan makan AYAM bersama SUSU 
Jangan makan IKAN bersama TELUR 
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD 
Jangan makan SUSU bersama CUKA 
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL 

CARA MAKAN 
1) JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. 
2) TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 
3) JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. (bagi yg berdiet,mksud mkn malam tubkn semestinya nasi.elakkan mkn nasi waktu mlm adalah lbh baik,seeloknya makan sebelum 8 mlm..rezabkan masa utk mknan hadam sblm anda tidorrrrrr)

Nampak memang sulit.. Tapi, kalau tak percaya... Cubalah..... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... tetapi bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga melarang Kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. 
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan Kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita. 
Al-Quran Juga mengajarkan Kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain: 
1) Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 
2)Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). 

3)waktu sembahyang subuh disunatkan Kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca DOA). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu Kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut. 
4)Nabi juga mengajar Kita makan dengan tangan Dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam... 

Sama-samalah Kita mengamalkannya. ...... 
WallahuA'lam 
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.....

Sunday, January 17, 2010

Talasemia tu Apa Yekk?

0 comments
salam semua...
aku selalu terima call drp kakak aku yang tinggal kat setiu(ada lagi adik beradik aku yg slalu call,sebut ajelaa..),begitu jgk dgn 2 hr lps..biasalah..sembang2 adik beradik..mcm2 cerita lah..kakak aku pregnant dan bakal melahirkan anak buah aku yang ke 21..wow!!ramainya cucu mak aku...


aku rasa terpanggil nak buat entri mengenai penyakit Thalassemia pasal doktor yang check kakak aku mengesahkan bahawa kakak aku ni adalah pembawa Thalassemia.bunyinya agak serius...patutlah dlm tv pun ada disarankan supaya rakyat Malaysia check sama ada kita ada Talasemia atau tak.




apa itu Talasemia?jom, teruskan bacaan korang.

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.


Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.

Jenis-jenis Talasemia


Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu :-
1) Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
2) Pesakit talasemia (Talasemia major)

Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:

a- Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
b- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
c- Jaundis
d- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
e- Tumbesaran terbantut
f- Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka

Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?

Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi



Rawatan untuk pesakit Talasemia

Pesakit talasemia tajor perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan.Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelejar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.

Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.

Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan,. sementara rawatan gen masih di dalam kajian.

Komplikasi Talasemia

Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.

Bolehkah Talasemia dicegah?

Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.

Adakah kumpulan sokongan untuk pesakit Talasemia?

Sila hubungi hospital berhampiran, klinik atau Persatuan Talasemia Malaysia.


Patut la dlm tv pun ada iklan suh cek talasemia.Satu langkah bijak yang perlu kita lakukan!
Related Posts with Thumbnails