Tuesday, December 1, 2009

Selamat Hari Lahir

0 comments
Hari ni dah masuk hari ketiga hujan lebat selepas hari raya haji.lebatnya tak terkata.sehingga memaksa aku jadi "penyamun baju hujan."kah kah kah..sori  la,terpaksa..bila lah guru besar aku nak buat atap utk susur masuk ke makmal komputer nie.semalam seharian aku duk di pejabat sekolah buat keje aku kat sana.hari ni,cukuplah..malas den nak gi opis...hujan yang mencurah2 membuatkan aku kesejukan dan rasa sekadar mengadap pc sudah cukuplah untuk hari ni.hehehe...
Hari Raya Haji yg dah berlalu sgt menarik bagi aku..kitorang raikan hari jadi mak aku genap 65 tahun.tarikh masehi dan hijrah pun sama,27 November dan 10 Zulhijjah.bertepatan dgn hari lahir mak yg sebenarnya.







 dan korang nak tau ape hadiahnya?mesin nyorrr tu...benda yg sgt bermakn dlm hidup mak aku.semlm hujan lebat,mak aku tgk jer mesin nyor tu.pastu katanya, mesin baru doh,tapi tadop nyor nak mesin..hahha...mana nak cari hujan2 nie.aku pun beli santan segera jer..semoga mak aku terus sihat dan sihat....

Tuesday, November 24, 2009

Sate Ayam & Daging

0 comments

Terpulang pada selera masing2 utk mencampurkan daging dan ayam atau daging sahaja atau sebaliknya. mana2 pun sodapp!

Bahan-bahan

40 gm daging ayam
40 gm daging lembu
5 gm lengkuas - dikisar
10 gm halia - dikisar
20 gm serai - dikisar
5 gm jintan manis - dikisar
5 gm jintan putih
20 gm gula
10 gm bawang merah
10 gm kunyit hidup - dikisar
5 gm garam - dikisar



Cara-cara
Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama satu malam. Cucukkan daging yang telah diperap dengan menggunakan lidi sate. Bakar di atas dapur sate hingga masak.

Tak lengkap kalau mkn sate tanpa kuahnya. kat bwh ni ade cara2 bagaimana nak membuat kuah sate.

Bahan-bahan utk Kuah Sate

180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)
2 sudu kecil asam jawa
5 sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil garam

 
Bahan-bahan kisar:
15 biji cili kering
2 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
3 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 biji buah keras
1 ½ cm belacan
 

Cara-cara 
Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan Bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu). Panaskan dengan api yang perlahan. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate. 

Daging Dendeng Bercili

0 comments

Bahan-bahan

1 kg daging(lembu yang tidak berlemak)
250 gm cili merah
6 ulas bawang merah(dimayang halus)
½ cawan gula merah (untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat)
Sedikit kapur


Cara-cara

Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.Kemudian digoreng hingga garing,angkat & ketepikan.Cili merah dibuang bijinya,ditumbuk kasar bersama bawang merah & putih.Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan ini sehingga naik baunya.Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat.

Kurma Daging

0 comments

Bahan-bahan
600 gm (1 kati) daging
2 gelas santan dari ½ biji kelapa
3 gelas air
10 sen daun pudina

Bahan2 untuk ditumbuk
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm halia
4 biji lada hijau
1 bungkus serbuk kurma
2 sudu air limau nipis
3 sudu minyak sapi
1 labu bawang besar(dibelah dua)
Bahan Tumis

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2.5cm kulit kayu manis


Cara-cara
Daging dipotong kecil, cuci, gaulkan dengan rempah kurma dan bahan tumbuk. Panaskan minyak dan tumis hingga kuning. Masukkan daging yang bergaul rempah, kacau dan tutup periuk. Bila berbau wangi, masukkan air dan biar hingga air kering, baru masukkan santan dan garam ikut rasa. Kecilkan api, masukkan air limau, daun pudina, bawang besar, biarkan hingga berminyak.

Daging Masak Hitam

1 comments
masakan daging jenis ni memang sedap, lagi pekat lagi sodap!



Bahan-bahan
1 kg daging pejal (direbus hingga empuk)
60 gm bawang merah (dikisar)
30 gm halia (dikisar)
1.5 cm kulit kayu manis
5 gm daun kari
50 gm sos tomato
50 gm sos cili
40 gm cili kisar
 
Gula, garam & serbuk perasa secukupnya.
4-5 sudu makan kicap pekat
30 gm minyak masak
3 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan serbuk kari daging
3 sudu makan serbuk jintan manis
3 sudu makan serbuk jintan putih


Cara-cara 
Panaskan minyak masak & minyak sapi, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, daun kari, kulit kayu manis, rempah kari daging, jintan putih & jintan manis. Kacau sehingga betul-betul masak. Tuangkan sedikit air, biarkan mendidih. Masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap pekat & dikacau sehingga mendidi. Masukkan serbuk perasa & garam secukup rasa. Hidangkan ketika masih panas & taburkan sedikit bawang goreng untuk hiasan. 

Singgang Daging

0 comments
yang ini pulak resepi masakan daging yang lebih sihat. tak perlulah selalu makan berminyak dan bergoreng.bolehlah mencubanya.tapi wa cakap lu, memang best!sebenarnya korang tak perlu pun ikut exactly sama, cuma menggunakan bahan 2 asas utk membuat singgang, memang cukup menyelerakan.




Bahan-bahan

1 kati daging lembu
3 inci lengkuas ]
3 ulas bawang merah] dihiris
3 ulas bawang putih] halus
3 inci halia ]
5 keping asam gelugur
2 sudu ketumbar biji (diketuk-ketuk
supaya pecah)


Cara-cara 
Bersihkan serta potong daging mengikut kesukaan anda. Kemudian masukkan ke dalam periuk berserta bahan yang dihiris tadi ketumbar, asam gelugur, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan pula air secukupnya dan jerangkanlah periuk di atas api biarkan mendidih serta daging cukup masak bolehlah diangkat.

Rendang Daging

0 comments
Sempena kedatangan Hari Raya Qurban ini, sukalah aku nak kongsi resepi yg berkaitan dgn daging.


Bahan- bahan
600 gm daging, dipotong dadu
3 biji kelapa, diambil 6 cawan santan
9 batang serai, 5 batang dihiris dan 4 batang dititik
½ biji kelapa, dibuat kerisik
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
100 gm cili kering
50 gm cili padi
300 gm bawang merah
100 gm bawang putih
1 cm halia
1 ½ lengkuas
1 cm kunyit hidup

Bahan-bahan dihiris halus:
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut


Cara-cara

Daging dipotong dadu, dibersih dan ditoskan airnya dahulu. Campurkan bahan-bahan kisar di dalam kuali kemudian masukkan santan. Masukkan juga serai yang telah dititik, daun kunyit dan daun limau purut. Jerang di atas api sederhana. Kacau selalu. Setelah kuah yang dijerang hampir pekat, masukkan daging dan masak lagi. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masaklah sampai rendang kering dan mengeluarkan minyak serta daging empuk. 
Related Posts with Thumbnails