Monday, November 23, 2009

Kita Solat Cuma 2 tahun?

0 comments

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal 65 th

Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh - 15 tahun
Wanita Baligh - 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur = 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari = 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari:
Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat =4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…


Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “


Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ….. 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan
: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya
:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………

Penyelesaian:


Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

24 jam sehari xcukup?

0 comments
waaa..masa 24 jam sehari mmg xcukup bg aku..kenapa?aku yg xpandai manage kot..
huh..skrg ni dah start cuti sekolah..mgu lps majlis penyerahan ebook yg melibatkan sekolah aku..so,xdelaaa masa nk menjenguk blog nie..dan yg plg best,aku malas nk uploadkan gambar..adus..den lupo nk bawak kabel daa...
ditambah dgn pelbagai kerenah cikgu2 yg terpaksa dilayan..almaklumlaaa..2 mgu terakhir memang byk perkara yg membuatkan seluruh isi sekolah bergoncang!!
waktu cuti sekolah ni aku sibuk dgn urusan merekod ebook yang baru je bdk2 dpt 17 november yg lalu...bukan main lagi diorg yer..memang bertuah la dpt free..sumenye dh selesai dan budak2 pun dah mula ambik ebook diorang.aku pun dah boleh menarik nafas lega,cuma tinggal 13 org yg belum lagi dtg ambik,plus ngan 5 bijik yang ade mslh skit..nk tunggu buka sekolah bln januari ni, xtaulah ape yg bakal terjadi pd ebook diorang..apepun aku selesaikan tugas hari ni,apa nk jadi akan datang,belakang punye cerita..hiduplah aku dgn apa yg ada hari nie..


bagi yg xpenah tgk ebook,kat atas ni ialah rupa dia secara fizikal.tp yg sekolah aku dpt,dia punye cover color silver..lagi cantekkk...model ebook kat atas tu adalah YB Ahmad Razif merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian Tinggi,Sain Teknologi dan Sumber manusia Negeri Terengganu,merangkap ADUN Seberang Takir..gambar adalah ihsan Internet.hehe..ok chow..nk gi solat dulu..pahtu nk g derap bandor..jgn mare aaa....

Nilai Budi Bahasa

0 comments
hari ni hujan lagi..renyai2..harap2 x lah berpanjangan,sedihla klu akak2 aku xdpt balik raya..sbb kitorang dh plan nk buat majlis utk besday mak aku yg ke 65tahun.27 nov. bersamaan 10 zulhijjah..sayangnya klu xdpt kumpul ramai2..uwaa...


teringat kat mak aku yg semakin dimamah usia,teringat jugak pada satu peristiwa kat pejabat agama kuala terengganu..waktu tu majlis penyerahan ebook.sambil2 tunggu MB menyudahkan ucapannya yg panjangnya melebihi komuter yg penah aku naik kat sentul dulu,aku melilau2 sekitar kawasan tu. aku ditegur oleh seorang makcik tua.layak aku panggil nenek.
dia tanya ade majlis ape,aku pun bgtaulah majlis MB nk bagi komputer kat bdk2 sekolah.
aku tanya"m.cik ni mari dr mana?".makcik tu jawab,"mari ambik duit bantuan utk orang2 susah".
aku kata"oooo...".makcik tu sambung lagi, "takdi mokcik kena marah depan orang.malu rase.."
aku terlopong skali lagi.aku tanyala sebabnya.katanya ada staff pejabat berkenaan tiba2 marah dia, depan2 orang ramai.tak tahu apa puncanya.kata makcik tu, staff perempuan,umur lebih kurang mcm aku.
hai..geleng kepala aku...lepas staff tu blah, ada la sorang pekerja tukang sapu kat situ bagi tau, rupanya staff tu salah orang.dia nak marah makcik lain agaknya,tapi tersilap.yg bengangnya,apesal tak mintak maaf balik..adoi...kalau aku yg kena,memang aku jawab balik..
kot ye pun tak perlu la tengking depan orang ramai,orang tua plak tu.mata pun dah kelabu.tak ada ke sikit perasaan belas kasihan.bayangkan kalau ibu atau nenek anda yg kena,sakit hati kan?
ingatlah budi bahasa budaya kita.sentiasa ingat tingginya nilai budi bahasa..bukan hanya untuk jaga nama kita,tapi jugak keluarga dan tempat di mana kita bekerja.

Sunday, August 16, 2009

pengejar syurga akhirat..

0 comments
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

* asrirabbani.blogspot.com *
Related Posts with Thumbnails