Saturday, February 27, 2010

Kemaafan Dendam Terindah...

1 comments
entah apa2  yg bermain di fikiran aku malam ni..agak boring mlm ni sebab kwn baik aku nk tido awal
katanya..penat dgn majlis d rumah dia siang td..

tak sabar menunggu hari esok, plan nak g mandi sekayu..aktiviti yg sgt aku gemari..
walau berpuluh kali aku pegi tpt tu, tetap tak puas..kecantikan alam semulajadi sangat membuatkan
aku teruja..pencinta alam sekitarkah aku ni??hermmm..mungkin aku terlalu sukakan kedamaian.
sesungguhnya persengketaan hanya mengusutkan keadaan..bila difikirkan balik,betul lah org
kata, KEMAAFAN ADALAH DENDAM YG TERINDAH..

hati yg suci akan selalu memaafkan..akukah yg memiliki
sekeping hati itu?kalaupun aku tak memilikinya sekarang, aku tetap menjadi pemburu hati itu.
gantikan hati aku dengan yg baru...ahhh...sudahla membebel;(

lately byk perkara yg sntiasa meng'exercise'kan otak aku..perkara2 yg berlaku jugak byk mematangkan
aku yg rasanya semakin dewasa dengan permainan dunia.sayang sekali kehidupan dunia ini terlalu
singkat utk disia-siakan dengan perkara merugikan.jalan hadapan masih terlalu panjang(tupun kalau pjg umo)
..kehidupan dunia akhirnya menuju kehidupan abadi di akhirat sana..itu yg perlu difikirkan,
dikejar..kesemuanya memerlukan bekalan iaitu apa yg dilakukan di atas dunia..hidup hanya sekali,
ruginya jika hanya dihabiskan dengan mengikut hawa nafsu..pesanan untuk diriku,juga readers
terutamanya silent reader berkenaan yg sedang membaca blog ini.

pelbagai kisah cinta aku baca setiap hari, sesajer nk mencari sesuatu..mungkinkah dgn itu, aku dpt suatu kekuatan utk diri aku?mungkin ya mungkin tak...
"Berang kerana cinta dipendamnya selama tiga tahun tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan menendang
perut wanita pujaan hatinya itu sehingga mangsa pengsan dalam kejadian di tingkat bawah sebuah rumah
kedai dua tingkat di sini, Isnin lalu.Tidak cukup dengan itu, wanita malang berusia 22 tahun itu turut cedera di kepala dan telinga akibat diketuk dengan mangga kunci rumah kedai oleh
lelaki gila bayang terbabit."

itu baru satu kisah cinta..akupun dh malas nak pastekan kat sini lagi..lagi pulak smntara menunggu broadband yg tgh  slow ni aku type je kat notepad..huhu..ada jgk kisah cinta tak kesampaian, tapi setelah masing2 mempunyai kehidupan sendiri, keluarga sendiri..cinta lama mula berputik kembali stlh lebih 30 tahun terpisah disebabkan keadaan yg memaksa..adakah ini dinamakan cinta sejati?atau mungkinkah dikatakan cinta suami isteri yg diuji?

terlalu byk juga ketidak adilan yg berlaku...namun semuanya bersandarkan kepada sesuatu sebab yg kita sendiri    tidak mengetahui atau pura2 tak mengetahui..kegagalan insan bernama lelaki yg sepatutnya menjadi pemimpin kepada kaum wanita agak mengecewakan..wajarkah jika kerosakan akhlak manusia kini dikatakan berpunca kpd kegagalan kaum lelaki?

Monday, February 22, 2010

Sayangnya Tuhan Pada Aku..

0 comments
kerdilnya aku di sisi Dia, apapun aku lakukan di atas muka bumi ni rupanya sayang sungguh Tuhan pada aku..
hari ni mcm biasa aku pegi keje, tapi ada kelainan yg aku rasakan..entah dr mana ketenangan tu datang...mungkinkah drpd 4 bijik karipap comel yg aku telan kejap td?

entahlaa...yang pasti, karipap tu sgt sedap...hahaha..dh lame xmakan awal pagi mcm kebiasaan aku sebelum ni..skang kebiasaan aku dh dtg balik seperti sediakala..agungnya kuasamu Tuhan, memberi aku rasa ketenangan dan kekuatan..ditambah lagi kasih sayang drp semua org yang menghargai aku...dari itu, aku lebih menghargai erti sebuah kebahagiaan yg hakiki...

dalam pd aku terkedu dgn dugaan tuhan, masih sempat lagi Dia memberi aku pelbagai kasih sayang..saat ini, bertuahnya aku dengan limpahan kasih sayang dan perhatian yang tak terhingga drp insan2 sekelilingku...especially ibu aku, adik beradikku, keluargaku dan keluarga orglain juga..tak lupa kawan2 yang sentiasa berada di sisi menemani aku dalam gelak dan tangis..sememangnya dari dulu aku tak pernah kekurangan sahabat yang setia..mungkin dengan kesetiaan aku dlm menghargai sahabat, maka aku mendapat pulangan yang sama selama ini..dari itu, sungguh aku percaya, apa yg kita berikan, pasti kita akan dapat semula balasannya..tidak kira sama ada baik atau buruk...itu pasti..

adei..batuk lagi aku..dh pening ngadap benda alah ni, baik aku tolong cikgu siapkan hiasan utk perarakan hari sukan...sentuhan aku bisa memantopkan lagi.huhu...bye...




Perempuan atau Betina?

2 comments
aku tergelak mengingatkan perbualan aku bersama dgn bebrapa org teman satu ketika..topik perbincangan pd hari itu ialah perkara2 yang membezakan seorang Perempuan dengan Betina...tapi kesimpulan yg didapati selepas perbualan tersebut, didapati ada juga yang kelihatan seperti perempuan tetapi rupa2nya adalah betina..ada juga yang kelihatannya seperti Betina, tetapi secara dalamannya adalah Perempuan...kerana sebuah buku tu xboleh dinilai drp kulitnya...hehehehe...betul ke tak?bukan aku yg cakap, tapi diorang...diorang okey?ahaks!!

ada beberapa perkara yang disimpulkan selepas perbualan tersebut.....
ada jenis individu yg secara penampilannya dilihat okey..so-so..dr segi pakaiannya..okeylah..tp bila memulakan pergaulan dengan individu ini, barulah kelihatan ciri-ciri betina yang sgt terserlah..kata diorang, gedik adalah salah satu ciri yg paling tepat utk diberi kpd golongan begini..gaya yang manja,menggoda..walaupun muka taklah secantik mana..cuma kurang sikit je taraf drp dugong..tp dengan kegedikan ini, ada juga mata2 lelaki yg menjadi rabun dan mungkin terus buta..hahaha...apapun sebenarnya sayang, kerana diciptakan wanita itu adalah sebagai tunjang kekuatan lelaki..bukannya sebagai murahan..

Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, sekiranya ia menjadi remaja ia akan menjadi remaja yang berhemah, jika ia menjadi seorang isteri, maka ia akan menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan mengegmbirakan hati suaminya. Jika ia sebagai ibu pula, dia akan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Manakala dia sebagai hamba Allah, dia akan tunduk dan tawaduk serta patuh hanya kepada yang maha Esa...

Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 24: 
"Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun".

jenis seterusnya dinilai dr segi interaksi...individu begini mempunyai bakat dlm komunikasi..dlm sesetengah situasi individu ini mampu menjadi org yg peramah, malah menarik perhatian org2 di sekeliling mereka..sayangnya bakat yg ada tak digunakan sebaiknya. mungkin disbbkan kurang ilmu agama, menyebabkan kehidupannya terpesong ke jalan yg tak diredhai..herm..kesian sangat individu yang begini..tp bukanlah 100% berpunca drp dirinya sendiri.mungkin kurang kasih syg dlm keluarga, atau mungkin pernah dianiayai oleh kaum lelaki..who knows..lelaki juga sepatutnya bertanggungjawab ke atas keadaan wanita hari ini..bukan mengambil kesempatan atas kelemahan wanita...kerana itulah tanggungjawab sebenar lelaki ditempatkan sbg khalifah di atas muka bumi ini.. kadang2 terasa ingin mendekati individu yg sebegini..apakah sejarah silam mereka sehingga begitu jadinya...

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”. 
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud “Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.” Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

dalam byk2 perempuan atau betina, ada juga yg menterjemahkan penampilan yg kelihatan agak brutal..ala2 ganaz sketlah..tapi bila dah mendekati individu begini,ternyata individu ini adalah sgt simple hidupnya..tak menyukai perkara2 yg membebankan fikiran..bersahabat dgn golongan ini sgt mudah hidup rasanya..walaupun kelihatan 'gagah' dr segi luarannya, tp jiwa tetap spt perempuan...kehendak,naluri tetap sama..cm physically tak se feminin org lain..

selain itu, ade jgk yg secara luarannya dianggap sbg gedik, tetapi hakikatnya tidaklah begitu..cume kekadang sikap over expose tu agak tak terkawal menyebabkan org sekeliling memandang serong..melalak2 melaung2..walaupun begitu, hati tetap baik..menjadi kawan yang baik, mengambil berat terhadap org sekeliling..mudah juga mendpt kawan, dan dlm masa yg sama mendpt musuh jugek..huhuhuhu..itulah dunia...sentiasa ada yg xpuas hati begitu dan begini..walau apapun jenis perempuan atau betina yg wujud, apa yg termaktub di dalam kitab Al-Qur'an tak boleh disangkal..

buat yg akhirnya, kita renung sedikit pesanan buat aku tertarik dari blog ibnuazman untuk kita, masing2 lelaki dan wanita yang sepatutnya menjadi anak soleh dan solehah..

Pesanan buat anak lelaki
Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.
Pesanan untuk anak perempuan

Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah anda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

p/s : aku teringat plak akan kisah musang berjanggut lakonan p ramlee dan normadiah… arakian kisahnya p ramlee telah diberi syarat oleh sultan  utk mencari perempuan sbg isteri dan bukan betina dalam masa 3 purnama… maka mengembaralah dia ke seluruh pelosok negeri utk mncari perempuan dan bukan betina… aku bukan apa… just nak huraikan disini… cite musang berjanggut tu memberikan satu situasi di mana si lelaki yg baik (p ramlee) ingin mencari perempuan yg baik utk menjadi isterinya… bukannya betina (kira jenis xbaik la nih)…. Dan lelaki yg jahat pula akan mendapat perempuan (a.k.a betina) yg xbaik pula… Kesimpulan yg lebih sempurna yg aku boleh katakan… Allah sudah berfirman di dalam al-Quran:Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)...Surah An-nuur:26

Sunday, February 21, 2010

Please..run faster!

0 comments
hari ni hari sukan sekolah dh bermula..sejak pagi td aku ada kat padang,tp bkn nya berpeluh pun..yg berpeluh cm bdk2..aku?tetap mcm ni..

my mind goes nowhere..mengelamun jer menerjah setiap ruang padang sekolah yg dipenuhi kanak2 riang..bestnyer jadi kanak2..kalaulah masa dpt diputar semula,pastinya banyak perkara yang akan aku ubah..agar aku akan menjadi aku yg lebih hebat drp aku yg ada hari ini..(sekali cam ayat ko la gee..adehh..sakitnye) 

di saat ni aku merasakan bahawa sayangnya tuhan pada aku..memberi aku ujian namun disertakan dgn ketabahan hati, kekuatan jiwa..jadi walau sakitnya terasa, aku masih mampu merasakan betapa manisnya kehidupan yg sedang aku lalui ketika ini...gembiranya aku dikelilingi ahli2 syurga, kanak2 yang tak berdosa...hebatnya kuasamu tuhan..kau berikan sakit, namun pantas juga kau berikan aku penawarnya..sedikit demi sedikit aku mula mengerti hakikat hidup itu, yg tak selalunya indah.. ianya ibarat seperti....

bilamana allah menurunkan hujan panas, aku terkedu.....manakala matahari masih menyinar bersama hujan yg turun,aku berharap matahari itu akan terus terbit semula menyinari hidupku....namun bila hujan itu reda, aku resah apabila matahari tidak lagi terbit spt biasa...

kata orang, pelangi akan mula muncul..kecantikan pelangi itu bakal membuat aku terpegun..namun aku mohon wahai tuhan, jangan kau biarkan aku leka dgn keindahan pelangi itu..lekakan aku dengan pencipta semua itu...

aku tetap menunggu pelangi itu tuhan..namun kau tunjukilah aku langkah yang paling tepat setelah itu...

wahai masa..cepatlah kau berlari..aku ingin terus melangkah..

aku yakin hujan panas itu akan reda dengan kuasamu....hanya kpdmu aku bersserah hanya kepadamu aku memohon...



Friday, February 19, 2010

Pelangi Cantik Untukku...

4 comments
memo-memo untuk yang berkenaan...

To Miss A:

"wesss...mu lebih baik dari yg aku tengok dulu..betul la org kata masa tu akan mengubati seseorang sedikit demi sedikit...ape yang mu susah sangat dgn budak M****L tu? mu layan jela...cukup2 la mu harap pd org yg tak hargai mu..soal hati tu..ermmm,cinta boleh dipupuk la beb..semua atas kesediaan kita nak terima ke tak..kan ke mu target nk kawin thn ni?huahahaha..hbs aku publish kat sini..aku lainla..lepas tsunami melanda,geografi hati aku pun dah berubah koordinatnye..hihihi...open ur heart bebeh..aku doa untuk member yg sentiasa ada di sisi aku" 

To Mr R:

"wah wah wah...mamat ni buleh thn jgk rupanya..time frust..adeii...wase aku kuat lg..kahkahkah3..jgn mare geng..jgn byk termenung..kena kuatkan hati, alaa cinta boleh dicari lagi..masih muda lagi..lalalalala...ade kebaikan di sebalik semuanya..lagipun 'lalang' tu mmg la sentiasa mengikut arah angin..kalau kerat pun,dia tumbuh lagi. dan lagi,klu bubuh racun,last2 subur balik...nak kena tebas semuanya dan bina rumah atas tanah tu,barulah lalang tu xmuncul lagi..hehehe..be strong dear, i'm here to hear u..lalala..."

To Mr A:

"sedarlah dr mimpi yang panjang..jadi org yg berani berhadapan dengan kenyataan..masa memang akan berlalu, tapi hanya bakal membawa bayangan masa silam yang akan disesalkan...selesaikan semuanya dengan menjadi lelaki sejati yang berani agar tak dilabel dayus. hidup tak selalunya indah..hidup ibarat roda..kita akan dpt apa yang kita buat...think before act, itu yang jd pesanan..jd bikinlah apa yg kita ucapkan......"

To Miss F:

"bertindak begini bukan tindakan org yang bijak, malah menghancurkan hidup sendiri..seperti iklan sabun TOP, kebersihan hakiki datangnya dari hati yang suci..secara umunya, usia mu masih muda..jalan tersangatlah panjang.jgn bazirkan hidup dgn perkara yg merosakkan..apa yg dilakukan hari ini, sudah pasti dibalas suatu hr nanti..usah fikirkan keseronokan duniawi semata2, kerana jalan hidup kita sentiasa mendekati antara dua pintu, syurga atau neraka. dari itu, pilihlah dr pintu mana yg kamu akan masuk..fikir2kan...."

Untuk diri aku :

"pelangi yg paling cantik bakal menjadi milikmu suatu ketika nanti........serahkan semuanya pd Allah...amiin.."

Cinta Oh Cinta! Jom Kawal Emosi

3 comments
hai...assalamualaikum..lamanya aku tak update di sini.bkn malas,cuma tiap kali menaip,cume separuh jalan sahaja.idea pun tetiba cam kering jer.beratus malah beribu dan berjuta kisah cinta yang baru bermula setiap hari..begitu jgk sebaliknya di mana byk juga hubungan yang hancur di tengah jalan, tak kira apa penyebabnya..

mungkin kehadiran org ketiga yg bangang yg hanya berniat menghancurkan hubungan yg sedia ada,mungkin jugak kerana kebodohan pasangan tersebut yg memberi ruang kepada hubungan yg tak sepatutnya..mungkin ketika cinta sepasang kekasih itu berputik,sekadar dengan niat untuk bercinta sahaja.tidak ke alam perkahwinan..mungkin jugak, bosan dengan sikap pasangan itu sendiri,bagaimanapun faktor ini tidaklah begitu konkrit kerana keserasian dalam suatu hubungan tu perlu dicari, malah setiap perselisihan perlu diselesaikan dengan perbincangan hati ke  hati, bukan sekadar membisu seperti pokok kelapa yang tua yang menunggu masa untuk mati malah lebih cepat lagi mati apabila dipanah petir..mungkin tiada restu dari keluarga atau banyak lagi MUNGKIN yang wujud dalam dunia percintaan..

apa yang PASTI,sesuatu hubungan itu putus lantaran Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.apa yang baik di mata kita bukanlah semestinya terbaik untuk kita,dan apa yang buruk di mata kita bukan semestinya tidak baik utk diri kita. semuanya adalah jalan kehidupan dunia yang sememangnya menuju ke akhirat.semoga kesakitan dunia terubat dengan kebaikan di kahirat kelak...

di pagi yang fresh dan syahdu ni,aku tetiba mendapat ilham untuk masukkan entri tips untuk korang yg sedang dalam kesedihan,kesakitan kerana putus cinta mengatasi emosi yang sedang meratah hati korang...tak kiralah sama ada korang ditinggalkan atau meninggalkan, effectnya tentu sekali tak best.but personally aku rasalah,pihak yang ditinggalkan mengalami kesan yang sgt teruk berbanding satu lagi.apatah lagi jika ditinggalkan dgn seribu tanda tanya..jgn mengomel lg, jom tengok apa tips2 nya.entri ini adalah sepenuhnya tulisan aku sendiri tau..

1 - ada sesetengah keadaan,korang mungkin rasa mcm bermimpi..contohnya, menerima sms seawal pagi berbunyi begini "kita putuskan hubungan kita dan jangan hubungi saya lagi.".bunyinya mudah, yg pastinya merobek hati. bangun dengan menarik nafas, berwuduk dan terus solat.kalau blm masuk subuh bolehla solat sunat 2 rakaat..slps solat,doa semoga ditenangkan hati. dan barulah baca fikir semula apa yg perlu dibuat.then,bertindak dengan bijak.jgn buat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sndri.diri kita adalah kita yg tentukan!
2 - biasalah korang akan rs kurang bermaya. siapa yg paling korang plg senang utk dekati?biasanya orang akan jawab SAHABAT. kalo korang keje hr tu, alah cuti jer..jgn biarkan muka sememeh korang tu dilihat d tpt keje..tp klu hr tu mmg ada keje pntg, nasib korang arr..bukan menidakkan kepentingan ibu bapa dlm hal ini,tapi ada perkara yg biasanya korang belum sedia untuk berkongsi dgn parents. tul kan? so pilih betul2 member yg boleh memahami korang di saat tu. jgn smpai tersalah pilih,krn kesannya akan lbh buruk..buatnya korang tgh bengang,ada plak yg menghentam keslhn pd korang,haru biru keadaan.(unless mmg salah korang,pdn muke koranglaa..kakaka,gurau jer..)so, thanks a lot fren!i really love u!muah2x!cup3x!!kehkehkeh..
3 - step seterusnya, pikir bersama member korang apa yg ptut dilakukan pd saat tu..aduh!korang nangis ke time tu??(bg wanita biasanya, lelaki cam smoking jer kan..)
alahai kesiannya..takpe,nangis tu dibenarkan..biasalah tu, i pun biasa nangis jugak..hahaha..dh lumrah benda tu..cm jgn  sampai tangisan tu melemahkan semangat korang. tapi bangkit berfikir dgn bijak..kalo korang punye relationship tu sudah mempunyai kaitan dgn keluarga, jgn lupa libatkan keluarga dalam perkara ini.contohnya bg yg sudahpun ada ikatan pertunangan. sokongan drp keluarga saaangat penting dlm menghadapi situasi sukar atau ditinggalkan ini.itu yg bakal menjadi penguat semangat anda.bagi yg bercouple tanpa ikatan plak, fikirkan adakah putus perkara terbaik atau msh ada peluang untuk memperbaiki hubungan..jika ada, ajak berbincang secara face to face secara hati ke hati. jika tidak, keraskan hati untuk tidak memikirkan dia lagi.anggap saje lelaki/perempuan yang tak guna itu  tak pantas untuk ditangisi.jgn fikirkan kebaikan mereka di saat korang sdg berusaha melupakan kesedihan.bukan apa,bila korang sdh tenang, emosi akan sendirinya akan stabil dan tak lagi meracau...
4 - bertindak dengan segera pada apa yg perlu disegerakan. bukan apa,kalo korang hanya menunggu meratap,kesakitan akan lebih lama. bertindak dgn pantas sambil berlagak bijak..hahaha..ini penting untuk menjana keyakinan diri korang terhadap apa yg korang lakukan.sudah pasti jika korang bukan dipihak yang salah,Allah akan memberi ilham kepada korang menjurus kpd tindakan yg betul
5 - sindrom2 seperti menangis, tak lalu makan,sukar tidur ,tidur tp asyik terjagadan termenung adalah perkara biasa. malah korang mungkin kehilangan berat badan dgn mendadak dlm tempoh yg menyakitkan ini. tp itu kan sudah untung?xperlu diet pon..hahaha..elakkan menangis di hadapan org, itu prinsip yg sebolehnya perlu dipatuhi. ia akan membuatkan korang kelihatan tabah. kelihatan tabah adalah sgt penting meskipun sebenarnya korang bknlah setabah mana.sebab bila korang kelihatan tabah,member korang akan cakap "aku tgk ko ni rilek jer..takde ar mcm aku dulu ms putus..aku kagum gak ngan ko".itu satu perangsang bagi korang utk menjadi seorang yg lebih tabah lg. nangislah berseorangan ketika solat, sama ada solat wajib atau sunat. bangun di tengah malam mengadu pd Dia..pastinya korang akan merasai ketenangan yg tak terhingga....terima kasih tuhan..
6 - kurangkan mengulangi cerita yang menyakitkan hati korang tu kpd org di sekeliling.ini akan menyebabkan korang lbh sukar memujuk hati sendiri...bercerita satu persatu secara detail kesedihan yg berlaku pd korang hanya akan lbh memakan diri. cerita hanya sekadar yg perlu sahaja....walau apapun yg berlaku, biarkanlah kisah itu tersimpan di hati korang. ubatilah sedikit demi sedikit..masa akan menyembuhkannya di samping banyakkan berdoa dan berzikir mengingati Dia..sebenarnya semua itu hanya ujian yang mematangkan, mengajar korang liku2 hidup yang tak selalunya indah.
7 - kesdihan akan datang berulang di saat korang kesepian. jadi laungkan dlm hati korang "buat ape aku nangis sbb org bodoh tu!dia tak layak untuk memiliki cinta aku!aku takkan bazirkan masa untuk meratapi dia!allah dah tntukan yang lebih baik untuk aku!takbir!!"hehehe...korang laung dlm hati je tau..jgn lebih2 lak..apa??menerima org lain di hati korang? tunggulah hati korang bersedia,then decidelah sendiri..bab ni xtermasuk dlm entri aku daa...

macamana?tip top x aku punye idea?renung2kan dan selamat beramal...;)









Friday, February 12, 2010

Awas!Anda Makan Racun!

0 comments


salam semua..tak percaya rasanya aku kembali mengupdate blog ni...setelah beberapa pkara membimbangkan aku untuk blogging,aku akhirnya buat bodoh jer...jadilah aku wanita yang berhati kayu dan batu(ye ke??)..i've been read this entry dlm kwn aku nye blog..addreesnya ape arr? http://mayumishindo.blogspot.com kot...

tanpa kita sedar,pelbagai penyakit yang dtg pd kita adalah berpunca drp pelbagai makanan yg kita mkn,tanpa mengetahui aturan2 yang penting untuk kita tau..so kat sini ade sikit info untuk dikongsi bersama..
 
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW . Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. 

Jangan makan SUSU bersama DAGING 
Jangan makan DAGING bersamai IKAN (sumber laut dan darat)
Jangan makan IKAN bersama SUSU 
Jangan makan AYAM bersama SUSU 
Jangan makan IKAN bersama TELUR 
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD 
Jangan makan SUSU bersama CUKA 
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL 

CARA MAKAN 
1) JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. 
2) TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 
3) JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. (bagi yg berdiet,mksud mkn malam tubkn semestinya nasi.elakkan mkn nasi waktu mlm adalah lbh baik,seeloknya makan sebelum 8 mlm..rezabkan masa utk mknan hadam sblm anda tidorrrrrr)

Nampak memang sulit.. Tapi, kalau tak percaya... Cubalah..... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... tetapi bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga melarang Kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. 
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan Kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita. 
Al-Quran Juga mengajarkan Kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain: 
1) Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 
2)Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). 

3)waktu sembahyang subuh disunatkan Kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca DOA). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu Kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut. 
4)Nabi juga mengajar Kita makan dengan tangan Dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam... 

Sama-samalah Kita mengamalkannya. ...... 
WallahuA'lam 
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.....
Related Posts with Thumbnails