Saturday, January 9, 2010

10.01.10

1 comments

aku agak sibuk since sekolah dah bermula balik..bkn apa,byk rekod murid yg kena update di samping kena buat briefing untuk murid2 walaupun diorang dah fasih melebihi aku dlm penggunaan e-book.
hr ni br la bukak blog, td pun kantoi dgn PK HEM aku, ms tgh buka blog. tp lantak dia laaa,aku buat xtau jer.lgpun byk jgk aku buat lebih dr keje aku sejak dtg sini..be cool girl..hehehe.
.
keadaaan kesihatan aku plak mcm agak merudum kebelakangan ni, mak aku asyik bising jer.psl batuk aku yg xbaik2 ni. aku takut nakgi hospital sebenarnya.sbb aku mmg takut bab2 spital.dah mkn ubat klinik, homeopathy still tak berkesan.

tapi bukan serius sgtpun, cuma aku rs aku alergik pada habuk, simptom resdung kata doktor cun yg check aku time pegi spital dulu.i.allah aku akan pegi spital nnt.

hr sabtu semalam aku keluar ngan zik dan g-ah, kebengangan yang mencengkam kalau aku terus duk rmh jer.actually mmg dah ada perjanjian aku dgn g-ah nak belanja dia mkn chocolate banana cake kat secret recipe.ni dia gamba sisa yg tinggal sbb tgu servis yg lmbt,nak tercekik br smpai air.ape la...di samping tu, zikpun nak cari sirih utk hntrn p'tunangan adik dia.so kitorang ronda jerla bandaraya kecik Warisan Pesisir Air ni.tp mcm biasa, malas lah nak bergambar sakan ni.sm yang penting,walaupun penat, tp aku rs release jer kalau dpt keluar rumah....waaaa...hr ni dah keje balik..tgjawab2...isk!

ptg semalam aku hntr Zik blik rumah,psl dia singgah rmh aku dulu saje nak menjenguklaa..ms pertengahan cuti sek akhir thn hr tu aku ada bwk balik kucing yg bersekolah,drjh brp akupun xtau.buka jer sekolah mak aku suh aku hntr blk ke sekolah psl xtahan dia asyik berak kat bilik air mak aku.agaknya dia ingat dh smpai kat luar rmh kot.

 ni dia,mst nak cr zon selesa.kira okla bantal tu,biasanya atas katil la
tempat landingnya..

tp kamis lps aku bwk blk semula ke rmh,psl aku kesian tgk kucing lain xnak kwn ngan dia,dan dia pun push lg dia punya urin kat bilik air.so ptg smlm aku mtk tlg zik pegang meow yg slalunya aku pgil baby ni, dan terus aku tinggalkan kat pasa chabang 3.mtk maap byk2, aku sedih sbb aku slalu main ngan dia. psl baby ni menikus giler,pantang tgk benda bergerak, asyik nak bergurau  jer....mcm kucing sarkas jer.sumenye dalam kenangan...itu je silapnya baby,klu tak mesti mak aku x marah bela dia...uwaaa....
malas dah nak taip.bye.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

4 comments

actually ini adalah forwarded email yg aku dpt n aku rs sgt penting utk dikongsi bersama..baca ingat dan praktik.

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan
orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan'
dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus.. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi,
lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah
Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.
Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya,
adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Pesanan Atok G-ah

1 comments


Just wanna share with everyone. Semua ayat al_quran itu baik dan penting, namun berpeganglah pd 3 surah ini.

Pertama: Surah al-Fatihah

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dgn 'menjaga' bersungguh2 surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yg betul utk kita.

Kedua: Surah al-Ikhlas

Surah ini adalah surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untukNya. tak guna buat baik tp tak ikhlas.

Ketiga: Surah Al-Kafirun

Surah al-Kafirun ada kena mengena dgn zaman skrg, zaman globalisasi. Walaupun kita bergaul dgn org yg beragama lain, tp kita akan sedar bhw "untukmu agamamu, untukku agamaku".



Selain itu, orang ISLAM mesti ada 3 kekuatan:

Pertama: Kekuatan minda

Minda ialah ilmu. Org Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sbgnya kerana ilmu2 itu perlu utk hidup.

Kedua: Kekuatan hati

Hati ialah iman. Hati org Islam mesti kuat supaya betapa byk sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yg lebih berkuasa. bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jd betul. Kalau minda kuat tp hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

Ketiga: Kekuatan fizikal

Pertamanya, kalau badan lemah, susah ilmu nak masuk dlm minda. kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya kekuatan masih xseimbang.

credit to g-ah

Sunday, January 3, 2010

BN - Barang Naik lagi..uwaa!!

0 comments
" Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. "
Sumber : Malaysiakini



itu baru gula..harga roti gardenia jugak bakal naik dengarnya..sampai hampir 4 ringgit..waaa...kena uli sendiri roti kalau mcm ni. tu baru roti..bulan november 2009 harga barang dapur melonjak dengan jayanya, harga bawang besar dan bawang merah naik sehingga hampir 5 ringgit.
harga rokok macamana?grrrr.....

barang nak naik tadak kisah, tapi gaji mau naik jugak la....

New Year, New Story....

0 comments
hai semua...macam2 cerita baru selama 3 hari yang pertama di tahun 2010..suka ada, sedih pun ada..tapi yang happy sematkan dalam hati..yang duka jangan diturutkan sangat..semua tu bagi aku adalah asam garam dalam hidup..kalau tak, pasti hidup ni tak menarik..mesti ada pelbagai warna dalam kehidupan...
hari ni hari pertama persekolahan. kali pertama aku melihat ragam hari pertama di sekolah rendah. pagi tadi aku sempat menjenguk kelas pra sekolah di sini. kat sekolah aku, ada 2 kelas pra sekolah. pagi tadi nampaknya ada setiap kelas mempunyai wakil anak comel yang manja..hehehe..


kesian tengok adik2 ni, terselit kat celah pintu nangis nak balik. cikgu2 nampaknya lebih mengesyorkan ibu bapa supaya pulang dan tidak menunggu anak diorang. bukan apa, bila aje diorang nampak ada mak yang menunggu, lagilah bertambah keinginan nak balik. mungkin keadaan ni hanya berlaku di hari2 awal persekolahan saje. hopefully semuanya berani dan belajar pandai2 ya?
begitu jugak dengan murid tahun 1, ramai ibu bapa yang menunggu di luar pintu kelas.jgn risau kakak2, abang2, makcik2, pakcik2..sumenya bisa beres....

hari ni jugak rezeki ku murah lagi. pemilik tender kantin yang baru mengadakan jamuan khusus kepada cikgu2 dan kakitangan sekolah sebagai pelaburan masa depan, hehe..sedapnya nasi beriani, tengkiu abg Lan..semoga rezeki semakin bertambah..cikgu2 jugak ramai yg memuji, katanya makanan untuk murid2 yang mendapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sangat memuaskan..

ketika berada di kantin tadi, sempat jugak mendengar cerita kerenah2 murid tahun 1 ketika membeli makanan di kantin.maklumlah, budak2..lucu dengar cerita diorang..

ada sorang murid duduk je sorang2.bila cikgu menyapa,
Cikgu : bakpe x makan?
Murid : Duit dok cukup.
Cikgu : Mak bg berapa?
Murid : bagi singgit. tapi nasi tu harga 60 sen. xbleh nk beli
Cikgu : wakakakaka...
nasib baik la ada cikgu tanya. kalau tak, memangla berlapar sampai balik karang.

teringat jugak pada anak buah aku, Wawa yang baru saje masuk darjah 1 hari ni. last week dia dah cakap kat umi dia, rase berdebar nak pegi sekolah. tapi aku yakin Wawa memang seorang yg berani dan akan mempunyai ramai kawan. 


hitam2 si tampuk manggis, sugguhpun hitam dipandang manis ;)

walau apapun, mari kita cipta suatu cerita yang menarik, adventure dan kebabooom! untuk tahun 2010!!!!

Saturday, January 2, 2010

Lagi Wedding..

0 comments

Ucapan Selamat Pengantin Baru untuk Zurinawati dan Zawawi..semoga bahagia sampai bila2...walaupun dah dekat sebulan  dinikahkan, tapi still pengantin baru lagi kan kak Tie?suke tengok kak Tie kawin akhirnya....hehehehe

Wish you happy ever after..

Wish u Happy..

1 comments


Selamat Bertunang wat kawan aku Zikryna dan Zamri..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat...
Related Posts with Thumbnails