Monday, December 7, 2009

Rahsia Tujuh Hari

0 comments


DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.

Antaranya:

~ Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

~ Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

~ Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

~ Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

~ Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

~ Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.

Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

~ Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya..

Syaitan Pun Ada PHD

0 comments
Baru je semalam berakhir kisah Nenek Kebaya ulangan di TV9. tak jemu aku tengok tiap episod. mak aku pun tumpang sekaki. entah kenapa macam ada satu daya tarikan pulak pada siri Lagenda tu.walaupun ada jugak babak2 yang agak kelakar dan hampir2 tak logik, mcm babak si Mail pengsan tu tapi i like it.ehh..jangan2 Nenek Kebaya betul2 ada di alam realiti tak? adeiii..hari ni cerita Cucu Betong pulak..sambungan Anak Betong.nantikan macamana rupa Jagat yg jahat tu skarang yer..


Sebenarnya apa saja yang dipaparkan di kaca tv memang diadaptasikan dari dunia realiti,kalau tak mana nak dapat idea. betul tak? kadangkala aku rasa hairan kenapa manusia sanggup berdendam sampai begitu sekali.syaitan yang ada PHD kot yg rasuk diorang kan.

aku pernah dengar cerita seorang kawan yg sakit katanya buatan orang. meracau bila kena pada masanya. kebetulan aku ada bertemu dgn dia beberapa tahun lepas, waktu tu dia mengandung anak sulung. sebelum tu, apa yg aku dengar dia menangguh pengajian disebabkan tidak sihat. dalam pertemuan tu, aku tanyakan kesihatan dia, dan macamana dengan keadaan penyakit lama tu. begitu bersungguh2 dia bercerita, sampaikan aku sendiri confuse betul atau tidak. katanya ade dua makhluk, yg pertamanya dilepaskan bebas oleh tuannya dan kebetulan terkena pada sahabat aku ni. yg satu lagi, natijah drp cemburu seorang wanita yg menaruh hati pada suaminya. aku percaya perkara yg diceritakan tu tak mustahil, dalam Al-Qur'an sendiri ada dinyatakan kewujudan makhluk di alam lain dan kita sbg orang Islam wajib mempercayainya. cuma apa yg membuatkan aku keliru, wanita yg dikaitkan tu adalah sahabat lama yang mmg cukup aku kenali. taklah mustahil pun, sebab manusia boleh berubah bila2 masa. tapi aku setka dalam minda ni bukanlah tu orangnya. mungkin salah faham kan..

ada juga seorang lagi kenalan aku yg bercerita perihal yg sama tentang dirinya. puncanya jiran yang dengki pada kesenanangan yg dikecapi. sebenarnya bukanlah senang sangat, sekadar seorang ibu tunggal beranak empat, mempunyai sebuah rumah di kampung dan sebuah kereta kancil bekerja di sektor kerajaan.cukuplah untuk makan pakai seharian dan simpanan masa depan. itupun masih lagi mengundang benci di hati mereka yang tak puas hati. aku cuma mendengar, sesekali menyampuk. nak kata tak percaya, memang percaya. cuma belum tengok dgn mata sendiri aje. rumahnya ditanam sesuatu dalam kain kuning, dalamnya batang pisang yang dicucuk2 dengan jarum. gangguan pulak melibatkan dia dan anak2. cuma apa yg menarik, pesan kenalan aku ni, amalkanlah ayat Kursi selalu. sebab ayat ni sangat berkuasa untuk melemahkan syaitan. katanya, waktu tubuh anak lelakinya dimasuki makhluk halus tersebut, dia dengan gementarnya membaca ayat Kursi dan menghembusnya. benda tu seolah2 terkeluar tapi belum cukup kuat utk menghalau terus.

aku teringat cerita ustaz waktu sekolah dulu  tentang ayat Kursi ni. ayat ni kuat bergantung kepada orang yg mengamalkannya. kalau selama ni kita tak pernah amal ayat Kursi, tiba2 bila jadi sesuatu baru nak baca, kesannya memang kurang. aku juga suka lah nak menjemput korang layari laman web Darussyifa' utk mengetahui apa dia bacaan asas 10 yg perlu menjadi amalan kita. juga pelbagai informasi mengenai perawatan penyakit menurut kaedah Islam.

dan ingatlah hidup cuma sekali. jangan rugikan diri dengan amalan khurafat yang pasti memberi ganjaran neraka pada pengamalnya.wallahua'lam.

Tips Memenangi Hati Mertua

0 comments

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.
Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Mertua VS Menantu

1 comments
nʇuɐuǝɯ sʌ ɐnʇɹǝɯ
 



mari kita tengok dulu apa komen2 mereka yg boleh di lihat di sini

xpayahlah duk ngan mentua.ko xtahu lagi asam garam hdp ngan mentua..terlalu pedih tapi mak aku merupakan mentua yang paling best aku tgk.menantu pun suka balik.tapi mak mentua aku..mmg teruk..mulut xde insurans..aku mmg setuju sangat dengan apa yang ko cakap.mak mentua aku seorang yang alim tapi panas baran.masa mula kawin aku mkn ati btl tambah2 laki aku xpernah nampak salah mak dia.aku sedih sangat sebab dia control seluruh kehidupan kami.plg aku geram,masa aku melahirkan anak sulung,dalam pantang suami blh tinggalkan aku kerana mak dia ajk g jalan2.pdhal pikirlah yang aku ni baru bersalin.kemana aje mak mentua aku nak g sume suami aku kena ikut..mmg mak mentua aku 2 xde perasaan dan suami aku pun aku xtahu knp xpnh nampah salah mak dia.umpama mak dia 2 malaikat aje!!!!!!!!!! (tulip)
Memang le ramai pasangan yang tinggal berasingan, tetapi bila emak dah uzur, dia perlukan perhatian dan perlu tinggal dengan kita. Inilah masalahnya. Si isteri akan tidak setuju sunguh-sungguh akan semua ini. Si suami pula di tuduh macam-macam seperti ego, tak tahu jaga hati isteri, tak mahu faham hati isteri dan sebagainya. Pergaduhan sering berlaku. Anak-anak dikatakan terbiar. Beginilah dunia hari ini. Si isteri langsung tidak akan menerima apa-apa pun pendapat dari si suami dan lebih malang lagi jika rumah itu adalah milik isteri. Dia akan mengungkitkan kesemuanya. Si isteri tidak peduli walaupun dia tahu bahawa dia akan tua dan uzur juga nanti. Anak-anak biasanya amat menyayangi ibu mereka tetapi yang menjadi penghalangnya ialah pasangan hidup masing-masing. Mereka akan terperangkap di dalam kehidupan mereka.(Si Anak Yang Malang)
ingatkan aku jer yg sengsara dok ngan metua,rupa2nya banyak lg menantu2 yg mcm aku..aku nie dah ler tak keje sebab myhusband tak bagi keje pas 2 ari2 kena layan perangai mak ngan pak metua aku..mak metua aku nie ada mood gak jap ok jap ntah ape2..kdg2 malas aku nak layan,menyampah pun ada gak,ikut sesuka ati dia jer nak tarik muka kat aku...ditambah ngan kakak ipar aku selaku ank pompoan mak metua aku la..yg nampak mcm cemburu ngan aku..dia tinggal bersebelahan ngan rumah metua aku..anak pompoan sorang la kan...dah 4tahun aku bersabar..suami aku pun dah janji nak cari rumah lain..tak tahan la ari2 nak kena gaduh ngan suami pasal karenah mertua aku nie!!!(along27)
iskh....banyak tul citer2 menantu/mentua ek...?
kakkita kongsi sket leh...? apa2 pun citer kat atas yang kakkita baca....petuanya ialah....'sod'...'ba'....'ra'. .. sabar.. tu kuncinya...ialah...Allah sedang menguji kita...jika kita sabar....insyaAllah suatu hari nanti mereka akan berlembut dengan kita...
jangan dengar hasutan syaitan...banyakkan doa dalam sujud minta Allah lembut kan hati...Allah dengar rintihan hamba yang dizalimi...kakkita nak bagi tips....apa kata kat mentua kita jadikan kawan....layan dia bebual...chatting2 ke....balas sms ker....nanti kan dia makin rapat ngan kita.... (kakkita)
ha...ni baru skit jer drp apa yang aku baca..ada positif dan negatif kan?xnak kata kat orang pun, aku selaku anak yg ke-10 dlm adik beradik aku ni pun boleh lihat sikit sebanyak macamana gambaran sebenar relaliti kehidupan yg macam ni. kadang2, benda simple aje, tapi soal hati ni memang sukar dimengerti. mudah aje nak terguris.sebaiknya, yg muda kena lebih banyak mengalah dlm soal ni.bukan apa, kadang2 aku dengan mak aku pun geleng kepala jugak..keh keh keh...maklumlah, bila dah semakin senja wanita terutamanya akan mejadi semakin berpuluh2 kali ganda sensitifnya. yang penting banyak bersabar ya..mudah ucapan di bibir, tak semudah itu realitinya..yg pasti, ada nilai di sisi DIA...

Tragedi KB Mall

0 comments



Salam semua..pasti korang semua pun terkejut dengan tragedi terbaru yg menggemparkan di KB Mall 6 Disember yg lalu kan? semalam baru aje disiarkan dalam berita..apapun, doakan semoga mereka yang pergi dirahmati Allah.dan yang sedang bertarung dengan maut, selamat..Puncanya apabila kereta yang dinaiki di tempat parking tingkat 3  KB Mall hilang kawalan lalu merempuh benteng simen dan terus menjunam ke dalam supermarket.Jatuh tepat di atas tangga eskeletor dan merempuh beberapa orang pengunjung supermarket. 
Sememangnya perkara sebegini langsung tidak terduga..dan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya sebagai peringatan kepada yang masih hidup. sama ada peringatan dari segi fizikal, iaitu ciri-ciri keselamatan bangunan itu sendiri, malah lebih dari itu peringatan bahawa mati itu boleh datang sekelip mata tanpa kita duga.


Sunday, December 6, 2009

Jual Beli Emas

0 comments

Assalamualaikum semua..
harap korang semua sihat wal'afiat..hari ni nak menulis tentang emas.aku teringat nak tuliskan entri ni pasal kat tempat aku keje ni selalu dengar para ibu2 yg bersembang pasal nak tukar gelang, rantai dan ape2 sajelah..walaubagaimanapun ada perkara yang kita sering terlepas pandang, akibat keghairahan untuk mendapatkan sesuatu.betul tak?aku harap entri ni sikit sebanyak memberi pengetahuan pada kita semua.
Emas sangat sinonim dengan wanita, kerana sudah menjadi keinginan wanita untuk memakai barangan perhiasan diri seperti yg diperbuat drpd emas.pelbagai bentuk gelang, rantai, cincin, subang malah di kaki pun dipakaikan barangan kemas.tidaklah jadi satu kesalahan pun untuk memakainya, yg penting jgn la sampai jadi sasaran peragut!nyawa lebih penting drp gaya.ingat tu.
Harga emas semakin meningkat hari demi hari.kalau dulu gelang sekasar jari telunjuk hanya beberapa ratus, sekarang sudah mencecah RM4000 lebih bergantung pada kepadatannya.trend barangan kemas sekarang direka dengan mengurangkan kepadatan, contohnya walaupun nampak kasar, tapi dalamnya kosong aje.tu semua pasal harga yg makin mahal dan tak mampu dibeli oleh kebanyakan orang.
Trend jual beli emas secara ansuran dan trade in jugak makin berkembang dengan pesatnya sekarang. maksud trade in barang kemas di sini ialah, aku ada seurat gelang, suruh kedai timbang berat dan harga, then ambik gelang baru dengan hanya menambah duit RM500.alaaa, mcm trade in handset tuu lah jugak.

Sebenarnya jual beli emas mempunyai garis panduannya sendiri yang telah ditetapkan dalam Islam. Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang. walaupun ada yang berpendapat ia tidak lagi dikira sebagai emas kerana sudahpun dilebur dan dibentuk, namun ia masih lagi emas dan tidak lari daripada sifat2 emas itu sendiri. Ada juga kumpulan minoriti yang berpendapat bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin, ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Bagaimanapun, melalui kesimpulan dan pandangan terpilih hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti.bermaksud, pembelian emas secara ansuran adalah dilarang sama sekali.

Mengenai trade in barang kemas pula, ini mungkin satu kaedah marketing yang digunapakai oleh para peniaga emas untuk melariskan emas mereka. namun di sebalik itu, mungkin ada yang terlupa mengenai garis panduan yg ditetapkan dalam Islam.

Ada dua keadaan yang dibolehkan untuk menukar emas lama dengan yang baru.

i ]  Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii ]  'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Memandangkan harga emas yang semakin meningkat, tidak akan ada peniaga emas yang akan menukar dengan mengira timbangan yang sama berat kan?sape mau rugi daaa.....

Dalam hal ini, cara yang terbaik untuk mengelakkan riba adalah dengan menjual dahulu emas yang kita ada dan mendapatkan duit tunai. kemudian, barulah membeli barang yang lain. 
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

 Sila layari http://www.zaharuddin.net/content/view/286/93/ untuk penjelasan yang lebih lengkap.


Tuesday, December 1, 2009

Selamat Hari Lahir

0 comments
Hari ni dah masuk hari ketiga hujan lebat selepas hari raya haji.lebatnya tak terkata.sehingga memaksa aku jadi "penyamun baju hujan."kah kah kah..sori  la,terpaksa..bila lah guru besar aku nak buat atap utk susur masuk ke makmal komputer nie.semalam seharian aku duk di pejabat sekolah buat keje aku kat sana.hari ni,cukuplah..malas den nak gi opis...hujan yang mencurah2 membuatkan aku kesejukan dan rasa sekadar mengadap pc sudah cukuplah untuk hari ni.hehehe...
Hari Raya Haji yg dah berlalu sgt menarik bagi aku..kitorang raikan hari jadi mak aku genap 65 tahun.tarikh masehi dan hijrah pun sama,27 November dan 10 Zulhijjah.bertepatan dgn hari lahir mak yg sebenarnya.







 dan korang nak tau ape hadiahnya?mesin nyorrr tu...benda yg sgt bermakn dlm hidup mak aku.semlm hujan lebat,mak aku tgk jer mesin nyor tu.pastu katanya, mesin baru doh,tapi tadop nyor nak mesin..hahha...mana nak cari hujan2 nie.aku pun beli santan segera jer..semoga mak aku terus sihat dan sihat....
Related Posts with Thumbnails