Friday, March 5, 2010

Ujian Membawa Bahagia...

0 comments

benar...terkadang terasa tak adilnya sesuatu yg berlaku dlm kehidupan kita sehari-hari..buat kita terfikir, kita tak pernah buat begitu, kenapa org buat kita begini?apakah kesalahan kita pd org tersebut?apatahlagi jawapannya masih samar2 sehingga suatu saat kita hampir putus asa mengharap suatu penjelasan..dan sehingga itu, sukarnya mendapat ketenangan dlm kehidupan..

itu perkara yg selalu bermain2 di minda setiap insan tatkala kehidupannya teruji..memang adalah tersgt mudah untuk melafazkan kata2, org sekeliling hanya pandai menuturkan kata nasihat,kata perangsang, sayangnya realiti utk melaksanakan itu tak semudah yg diucap...kerana manusia dilahirkan berbeza.....

namun banyak perkara tersirat yg buat kita terlepas pandang, dek kerana terlalu sibuk memikirkan musibah yg menimpa diri, kita lupa untuk bersabar menunggu kebahagiaan yg bakal menjelang...

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti:

1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu angguta tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan lain-lain lagi.

2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.

3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:

a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda  kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang,dan nantinya akan diganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.

Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya. Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya.

kedengarannya seperti mudah bukan?namun jalan kepayahan yg dilalui itu pasti diganti dgn nikmat..jgn resah jika hidup diselubungi kesedihan dan kesakitan, kerana terlalu byk nikmat kebahagiaan yg telah Allah berikan yg mungkin tak terlintas untuk kita mensyukurinya..
 "Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti..."
p/s: thanks to jaa for this email...luv u..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails