Wednesday, December 30, 2009

Bagaimana Nak Ajak Readers Baca Entri Lain

5 comments


actually aku tengok ramai yang dah buat benda ni, iaitu memaparkan link bagi entri2 yang dah lepas, sama ada berkaitan atau tidak, ianya mungkin bakal diklik oleh readers di luar sana. sebenarnya aku sendiri tak buat, ntah kenapa, ia kelihatan tak menarik apabila berada di blog sendiri..mata aku cam semak jer..hehehe...aku nak buat, tapi nantilaaa..

caranya senang ajer, masuk laman Linkwithin. ianya adalah free tanpa perlu mendaftar.
kemudian masukkan item yang diminta iaitu Email, link blog korang, platform sama ada blogger / wordpress / lain2 dan juga jumlah post yang korang nak paparkan pada link tersebut. jika blog korang mempunyai background berwarna gelap, klik pada My blog has light text on a dark background.
ini adalah untuk memastikan font tidak tenggelam kerana default font settingnya adalah warna hitam.


kemudian klik Get Widget dan skrin untuk installation widget ini akan terpapar. klik pada Install Widget dan
skrin untuk menambah elemen pada blog page korang akan terpapar. klik pada Add Widget dan gadget yang baru akan bertambah pada page element blog korang. Mudah kan? korang boleh drag gadget tersebut sesuka hati, tapi sebaik2nya berada di bawah blog post korang supaya reader dapat melihatnya dengan mudah.



2009 Yang Bakal Ditinggalkan...

2 comments

Assalamualaikum...nah!sejambak bunga untuk korang..

Pertamanya ucapan Selamat Tahun Baru 2010 buat sesiapa yang terbaca blog hamba ni.yang terlebih penting, Salam Maalhijrah 1431 H walaupun agak terlewat..

Ketika sambutan tahun baru 2009, aku berada di Kuala Lumpur bersama teman-teman sekerja dan serumah.meriah,  tengok bunga api dari luar rumah aje walaupun tak keluar ke mana2 pada malam tu. apapun,kenangan selama 3 bulan @ Sentul pasti yang tak dapat aku lupa. sebab apa? itulah kali pertama dan mungkin terakhir aku berjauhan daripada kampung halaman. tak dapat aku nafikan, memang tak betah aku tinggal kat sana, tulah sebabnya dalam hati sentiasa ingat nak balik kampung. apatah lagi buah hati pun ada kat kampung jugak(hehehe..), tapi bila aku balik dia pulak yang pegi keje kat sana. tapi aku tak kisahpun, sebab dlm hatiku, kampung aku adalah tempat terbaik yang pernah aku tinggal. korang mcmana?sama tak jawapannya? teringat kat ex-housemate k.erin,misah,k.awin, k.fiza,umie, mira, fazi...sama jugak member2 yang lain..sekarang ada jugak di kalangan diorang yg dh balik bekerja di Terengganu. aku doa sangat2 semoga Allah berkati dan limpahkan rezeki walau kat mana pun kawan2 aku berada.


antara yang lebih bermakna di tahun 2009 utk aku, ketika majlis pertunangan aku dengan  dia. mcm tak percaya, lepas setahun berkawan, keluarga aku dan dia pun dah bersetuju. apa yg ada pada dia yg membuatkan mak aku setuju, aku pun tak tau. yang penting, aku harap dia paling sempurna untuk melengkapkan hidup aku kelak.apa yang kurang pada aku, dia yang menampungnya. dan insya- allah tambah lagi setahun, semoga Allah melimpahkan rezeki pada kami untuk ke alam perkahwinan pulak..satu perkara yg mengejutkan aku sendiri, rupa-rupanya kami ni ada pertalian saudara. agak jauh, dah dikira 4 pupu. alhamdulillah, semoga hubungan ini akan merapatkan tali persaudaraan..amiin..


aku juga mula bekerja di sekolah ni selepas beberapa hari majlis tersebut berlangsung. walaupun di awalnya terdapat pelbagai masalah, tapi aku bersyukur kerana di sini aku bertemu pelbagai perkara yang pasti aku dapat jadikan teladan sepanjang hidup aku. orang kata, lebih banyak kita bergaul, lebih banyak pengalaman baru yang kita dapat. semua tu aku jadikan peringatan dalam hidup aku dan mengajar aku agar lebih pandai membawa diri.


aku baru saja lulus kursus pra perkahwinan pada 26 Disember 2009  yang lalu. aku bangga aku berjaya..hahaha..banyak nasihat dan panduan yang aku dpt dr situ. aku harap ilmu yang aku dapat tu aku tak lupa dan dpt dipraktikkan pada ketika yang sesuai...


hidup ibarat roda..ayat keramat yang selalu disebut..memang benar, kehidupan sentiasa berubah2. ada masa kita akan merasakan diri kita bahagia, ada ketika sebaliknya. walau apapun, jalanilah hidup dengan penuh ketabahan dan kesabaran..berdoa semoga Allah melimpahkan ketenangan ke dalam hati kita.


azam di tahun baru, aku ingin menjadi seorang yg lebih penyabar..sebab memang itu kekurangan aku. aku juga berazam untuk merealisasikan perkahwinan pada tahun 2010, dan jugak memastikan kakak aku pun tak mengelat untuk berkahwin pada tahun baru ini. (wakaka...ahakksss!) selain itu, aku berazam untuk belajar lagi dan tak malas untuk terus membaca...


Selamat Tahun Baru!

Laman Komuniti Blogger Malaysia

3 comments

aku selalu masuk kat blog nescafeaissatu, aku suka sebab blog tu best. entri aku kali ni pun hasil daripada pembacaan aku dari blog nescafeaissatu jugak. aku yang masih baru dengan selok belok blogging ni memang banyak merujuk pada blog yang lebih baik. kat sini aku nak share satu cara macamana korang nak promote blog to public. masuk laman komuniti gengblogger.
klik pada daftar untuk mendaftar blog anda dalam laman gengblogger
gunakan akaun facebook tau..pastu klik pada Ping Blog Anda..kemudian dengan bangganya entri pada blog anda akan terpapar di laman tersebut. cube lah dulu..aku berterima kasih pada ko  nescafeaissatu.

Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

3 comments

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

So, apa lagi. Jom la kita mengamalkan solat berjemaah nih. Wallahualam...

Sumber

Sunday, December 20, 2009

Mitos Tentang Wanita di Fikiran Lelaki

0 comments
LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.
Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.



Mitos:
- Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:
Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.
Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.
Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Mitos:
- Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:
Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.
Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Mitos:
- Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya. 

Kenyataannya:
Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Mitos:
- Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:
Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.
Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Mitos:
- Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki? 

Kenyataannya:
Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Mitos:
- Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:
Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.
Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

Sumber: askmen.com

Tanggapan Yg Mungkin Salah Tentang Lelaki

2 comments


Wanita sering memberi tanggapan-tanggapan tentang peribadi lelaki yang dikenalinya mahupun bakal dikenalinya...
Namun demikian tidak semua anggapan wanita terhadap lelaki mahupun pasangan mereka itu tepat, mungkin ada alasan-alasan yang tersembunyi disebalik tanggapan tersebut.
Ini adalah antara tanggapan-tanggapan yang berkemungkinan besar salah tentang lelaki..

1. LELAKI TAK SUKA WANITA yang TERLALU BERDIKARI

- Kita selalu mengatakan lelaki tak suka berurusan dengan wanita yang memiliki posisi kuat dalam kerjaya dan wanita yang dapat menjaga dirinya dan memiliki kawalan penuh dan mantap terhadap kehidupannya.

- Ini merupakan anggapan yang salah kerana ada juga lelaki yang sebenarnya 'menerima' kehadiran wanita seperti ini dalam kehidupan mereka.. malah wanita seperti ini ada yang menjadi idaman lelaki kerana biasanya mempunyai kekuatan peribadi.

2. PENDEKATAN HUBUNGAN ADALAH TUGAS LELAKI

-Sebenarnya ramai lelaki yang suka dan rasa amat bertuah apabila didekati oleh wanita. Namun wanita pula ramai menganggap itu merupakan tindakan 'perigi mencari timba'.

- Sebenarnya ia bergantung pada cara pendekatan wanita tersebut. Jika lelaki tidak menerimanya mungkin kerana wanita itu bukan wanita idamannya atau mungkin lelaki itu sudah punya 'seseorang' dalam hatinya. Ini juga memerlukan persediaan menerima risiko akan ditolak. Mungkin ianya memerlukan cara yang lebih berhati-hati untuk mendekati lelaki yang disukai.... bukan dengan cara seperti wanita murahan kerana lelaki amat bencikan cara itu.

3. LELAKI PUNYA EGO yang RAPUH

- Lelaki selalu melindungi diri dengan ego. Setiap penolakan dari wanita yang mereka sukai merupakan pukulan bagi ego mereka. Ini bermakna mereka harus memulihkan ego mereka. Sepebanrnya ego lelaki ini amat kuat dan kerapuhan egonya bergantung pada individu namun taksemua nya memiliki ego yang rapuh. Kerana itu merupakan senjata mereka.

4. SEMUA LELAKI BAIK ADALAH LELAKI yang BERPUNYA

-Ramai wanita mengeluh kerana mengatakan lelaki yang baik itu biasanya sudah berkahwin. Alasannya, berkahwin membuatkan lelaki lebih bertanggungjawab dan ini terpancar pada lelaki yang mereka kenali yang kebetulan sudah berumahtangga.
- Ini menunjukkan wanita berasa lebih santai berada di samping lelaki yang secara emosionalnya tidakmungkin terlibat dengan wanita kerana itu menunjukkan dia seorang lelaki yang tegas. Namun wanita perlu mengetahui bahawa sikap2 ini tidak semestinya berada diantara lelaki berpunya, malah yang belum berpunya masih ramai yang punyai sikap sedemikian... mungkin kerana tidak mahu menonjolkan kelebihan mereka.

5.LELAKI TIDAK SUKA KOMITMEN

-Sekiranya lelaki yang boleh terikat dengan komitmen pekerjaan bermakna dia juga boleh memberikan komitmen terhadap ikatan dalam perhubungan suci dengan wanita. Sekiranya ianya tidak ada dalam diri seorang lelaki, maka itu bukanlah pilihan yang tepat untuk seorang wanita.

-Yang nyatanya, lelaki juga masih sudi memberikan komitmen sekiranya dia betul-betul menghargai wanita yang di sayangi.

6.LELAKI SEPERTI KUCING

-Kebanyakan kucing biar diberi makan dirumah masih mencari di luar, begitulah tanggapan wanita terhadap lelaki.

-Walaupun seringkali terjadi dalam fenomena masyarakat sekarang, namun wanita tidak boleh terus menerus menganggap semua lelaki begitu termasuk suaminya kerana ianya akan membuka peluang pada lelaki untuk bersikap sedemikian.

7.LELAKI CUMA INGINKAN SEKS

- Walaupun secara terang-terangan lelaki seolah menunjukkan hasrat seksual pada wanita yang dicintainya, namun, sebenarnya bukan itu yang mereka mahukan tetapi hal-hal seperti cinta juga komitmen.

8.TIDAK MEMAHAMI WANITA

-Bukan setiap saat lelaki boleh membaca fikiran pasangan mereka. Kemungkinan besar lelaki tidak memahami 80% tanda-tanda (signal) yang diberikan oleh pasangan. Yang pasti wanita kena tahu, lelaki mempunyai perbezaan dengan wanita dalam pemikiran, melakukan pendekatan dan menangani masalah....

sekadar berkongsi...disebabkan malas nak update jadi bace jelah apa yg ada yer..hai lelaki, suke lah kan..

Tuesday, December 15, 2009

Aku Obsess!

0 comments

Hai korang…entah kenapa lately aku jadi obsess ngan lagu2 lama, especially zaman hitam putih dulu (P.Ramlee daaaaa…). Ntah kenapa aku jadi semacam khayal jer bile layan lagu2 p.ramlee. nipun sambil menaip aku duk layan lagu yang dinyanyikan dalam filem Penarik Beca..

“ engkau laksana bulan...tinggi di atas kayangan..hatiku dah kau tawan..hidupku tak keruan.”
“mengapa ku disiksa..kenapa kita bersua...berjumpa dan bercinta..tetapi menderita..oooo….”
“oooo..kau cabutlah nyawaku...oh tuhanku mengapakah kau bezakan hidupku…oh tuhanku mengapakah..manusia begitu…”


Aduhhh…rasa cam tersentap je jantung aku..best giler!tapi kenapa anak buah aku gelakkan aku pulak..diorang ni memang tak tau apa value lagu2 lama ni, yang diorang tau..hip hop, pastu yo!yo!, wazzup man!ya a’au!ya a’au!!you rock man!!
Lagu skang ni ntah ape2, yang penyanyi nya pun terkangkang sana sini..mcm yang kat atas pokok tu.

Layan…sambung lagi..itu baru satu lagu jiwang..ni lagu kisah rumahtangga dalam filem Keluarga 69 pulak…

“ o dengarlah tuan2 sebuah kisah suami isteri, kadangkala terdapat si isteri memerintah suami, disuruh duduk duduk dijerit2 dibentak2, suaminya dulu hensem rambut panjang dah jadi botak..u la la..kalau memilih isteri ala abang, biar betul2,jgn tersalah pilih ala abang,kena queen control..”
   
“u lalalala...kisah rumah lah tangga, ada2 saja…”

“o kadangkala terdapat suami jahat isteri budiman, isterinya cukup sabar perangai suami ya allah mcm setan,kalau di belakang isteri hai joli sana joli sini, kalau di depan isteri amboi pijak semut pun tak mati…..u la la…kalau memilih suami ala adik, biar betul2, jgn tersalah pilih ala adik, kena kaki botol..”

“u lalalala…………………….kisah rumah lah tangga ada2 saja”

“Oh rumah tangga yang cantik, suami isteri hidup aman,kalau salah sedikit lekas2 diselesaikan,perkara kecil2 jgn suka dibesarkan,itulah satu contoh perlu kita buat pedoman…u lala…kalau pilih pasangan ala tuan biarla berpadan, supaya hidup aman ala tuan, sepanjang zaman..”

“u lalalala…………………….kisah rumah lah tangga itu semestinya”


Haa..kan dah cakap, memang menarik..nasihat secara terang dan jelas lagi, takdelah nak belok2…stret to the point.
Yang ni best,terus rasa nak bercinta..kah kah kah.. sape nak berduet dgn aku? Silakan…silakan…Malam Ku Bermimpi

“malam ku bermimpi hai dgn satu bintang,berkata-kata ku di jendela..kulihat kanda tersenyum memandang, asmara bergelora..meresap ke dada..”

“Malam ku terlihat hai sekuntum lah bunga..baunya harum menarik hati, tak sanggup menahan rasa asmara meresap mendalam menusuk d ijiwa…

“Sayang jauh di balik awan… wajahmu tetap berseri-seri
Laksana bulan sedang mengambang
yang menawan dan menggoncang dalam kalbu”

“Oh angin meniup bawa daku ke sana
Hasratku ingin bersama2
Tak tahan rasa hati menderita..gelora asmara selalu menggoda…”


Sekianlah dulu entri layan lagu-lagu lama untuk kali ini..yang pastinya aku terus terbuai dengan alunan lagu2 p.ramlee..jangan marah aaaa;)..ada tak sape2 yang sehaluan dengan aku???

“malam bulan dipagar bintang. .. .makin indah jika dipandang....bagai gadis beri senyuman… pada bujang idaman…belai kasih ingin dimanja dengan cumbuan mesra… untuk penglipurlara penawar duka asmara…hmmmmm….”

“malam bulan dipagar bintang..tambah seri cuaca malam….murni sungguh ciptaan tuhan…bulan bintang lampu alam…

“andai kata bintang menyepi
bulan tidak berseri
malam menjadi sunyi
 tidak berseri lagi”

Puding Keladi

0 comments

Hai hai hai…

I wish I’m good at cooking.perhaps..hehehe
Btw the last 2 weeks aku baru jer guna resepi ni buat kali kedua.sumenya sebab aku dah terjanji dgn my elder sis nak buatkan puding keladi when she come back to my house. Kalu aku tak buat, bimbang jugak kalau2 bakal anak sedara ke 21 yang bakal keluar tu meleleh air liur pulak.
Whatever la nyahhh,the most important part is sharing the so-so good puding keladi punya resepi.
 

Bahan-bahan:

Sebiji keladi (agak2 dlm 400-500 gm)
1 paket agar-agar (yg harga RM3 tu)
2 kotak kecil santan
2 biji telur
Esen vanilla (ros atau pisang pun bole, depend pd korang punye taste)
Pewarna merah dan ungu(campuran merah dan biru boleh menghasilkan ungu jugak tau)
Gula
Sedikit garam halus

Cara-cara:

1.    bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian iaitu ½ untuk lapisan tengah, ¼ untuk lapisan atas dan ¼ lagi untuk lapisan bawah.potong agar2 dengan gunting sebelum direndam untuk memudahkan kerja.
2.    Kupas keladi dan bilas dengan air bersih. Kemudian parut keladi tersebut.
3.    1 kotak santan dibahagi 2, tuangkan dalam cawan. Masukkan sebiji telur ke dalam setiap cawan tadi. Pukul telur sehingga sebati dengan santan.

Lapisan bawah
1.    masak agar2 dengan air untuk lapisan bawah dahulu. Setelah agar2 hancur, masukkan setengah cawan gula, kacau sehingga sebati.
2.    masukkan sedikit pewarna merah.kacau sehingga sebati.
3.    masukkan bancuhan santan + telur, kacau dan pastikan api adalah slow.
4.    masukkan esen vanilla dan sedikit garam.
5.    setelah selesai, tuangkan dalam loyang yang bersesuaian.

Lapisan tengah
1.    masak agar2 dengan air, setelah hancur, masukkan 1 ½ cawan gula dan kacau sehingga sebati.
2.    masukkan sedikit pewarna ungu (jika keladi putih, guna warna.jika tidak, abaikan sajer)
3.    masukkan 1 kotak santan tadi, kacau sebati dan masukkan keladi yang telah diparut.
4.    masukkan esen vanilla dan sedikit garam.
5.    masak lebih kurang 10-15 minit, sehinggalah keladi masak.
6.    tuangkan di atas lapisan pertama tadi.

Lapisan atas (ulang sama seperti lapisan pertama tadi)

Selamat mencuba!

Tolong Jangan Degil!

0 comments
lagi satu jenayah yang memang sangat ler berleluasa di Malaysia sekarang nie, iaitu jenayah RAGUT. mari kita jenguk kejap kronologinya. itupun berdasarkan kes yang tercatat dalam laporan dan setakat bulan Mei sahaja tu. hakikatnya lebih daripada tu...pengalaman ragut ni pernah dialami oleh mak aku sendiri. dah bertahun2 yang lalu. waktu tu kalau nak gi bandar memang naik bas, lepastu mak aku jalan kaki dari bank hinggalah ke pasar. peragut bermotor tu dah aim mak aku dari bank lagi, itu sebabnya berhasil jugak kerja diorang hari tu. syukur selamat..waktu tu, tak glamer lagi lah ragut secara ganas macam apa yg berlaku kebelakangan nie.jom kita tengok...


Kronologi Kes Ragut

5 Mei 2009 - Wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.

29 April 2009 - Pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya.

28 April 2009 - Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.


29 Mac 2009 - Nurul Fatimah Ali, 19, koma selepas nekad menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

21 Februari 2009 - Wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.

2 Februari 2009 - Nor Hanani Ibrahim, 21, dari Taman Sena Indah, Kangar nekad mengejar dua penjenayah yang meragut beg tangannya sehingga kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas orang ramai.

4 Januari 2009 - Seorang pembantu tadika dalam perjalanan menghantar laporan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan menunggang motosikal patah kedua-dua kaki dan tangan kanannya selepas diragut di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

10 Disember 2008 - Seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas diragut dua lelaki bermotosikal sebaik selesai membeli barang harian di Pasar Awam Bukit Mertajam.

22 November 2008 - Seorang wanita berusia 65 tahun cedera ringan selepas terjatuh dalam kejadian cubaan meragut beg tangan di hadapan masjid Kampung Gerai, Jertih, Besut.

13 November 2008 - Seorang wanita, Khoo Lee, 38, cedera dalam kejadian cubaan ragut berhampiran lokasi program pencegahan jenayah, di Pusat Perniagaan Pesta Baru, Jalan Bakri, Muar.

29 Oktober 2008 - Hasrat seorang pelajar Tingkatan Lima cuba menolong sepasang kekasih yang menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi kerana maut apabila motosikalnya terbabas diterajang rakan peragut yang mengekorinya.

11 September 2008 - Seorang wanita kerugian kira-kira RM1,200 selepas beg tangannya diragut seorang gadis yang membonceng motosikal seorang lelaki di Jalan Air Putih, Kuantan.

11 Ogos 2008 - Jururawat, Israha Ismail, 29, parah selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Seriab, Kangar.

20 Jun 2008 - Seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, meninggal dunia.

12 Mei 2008 - Isteri seorang kakitangan Berita Harian yang mengandung tiga bulan cedera diragut dua penunggang motosikal di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur.

10 Mei 2008 - Penjual nasi lemak, Siti Zubaidah Ismail, 41, parah manakala anaknya, Noorhasniza Mat Tahir, 14, cedera selepas jatuh dari motosikal apabila seorang lelaki meragut beg tangan dari dalam raga motosikal yang mereka naiki di Simpang Kuala, Alor Setar.

20 April 2008 - Penghantar surat sambilan, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22, cedera ditikam dengan pisau rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas dekat Pintu Geng, Kota Bharu.

10 Februari 2008 - Pelajar Universiti Malaysia Perlis, Nur Amalina Abu Bakar, 20, cedera di kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta ketika cuba mengejar lelaki yang meragut beg tangannya di Alor Setar.

28 Disember 2007 - Guru, Norlidah Misran, 36, patah tulang belakang selepas terjatuh ketika menarik beg tangannya daripada diragut di Muar.

30 Oktober 2007 - Ketua Meja Jenayah akhbar Nanyang Siang Pau, Steven Chiew, 44, cedera di mulut dan hidung terjatuh selepas beg yang disandangnya disentap penjenayah di Kelana Jaya.

apa yang penting kat sini, tolong jangan degil wahai wanita!! aku paling geram dengan pempuan2 yang menunggang motor yg masih lagi berani mendedahkan handbag / beg secara terbuka. tak kiralah sama ada korang galas ker, sangkut pada handle atau dalam raga sekalipun, tolongla pikir nyawa sendiri. kalau motor korang jenis yang takde ruang kosong bawah sit utk letak barang tu, better korang jgn bawak handbag.  biasa jugak aku tengok pempuan yang galas beg, tapi sweater yang dipakai tu tak dizip dengan sempurna. sweater plak disarung di bhgn depan ajer.jadi beg tu akan terdedah bila dilihat dari belakang.


wanita yang menjaga style, ingat2 lah jugak. memangla bergaya bawak handbag mcm mak datin tu, tp ingatler ada mata yg memerhati. tak kira sama ada di kawasan ramai orang atau tidak, beringat ler sebelum kena.
bagi yang bawak kereta pulak, tolongler korang jangan letak handbag kat sit sebelah pemandu. letaklah kat bawah, atau sorokkan bawah tempat duduk, itu lebih selamat. sebab mungkin penunggang motor yg berhenti di sebelah anda ketika lampu merah sedang menunggu peluang mcm tu untuk memecahkan cermin dan mengambil beg anda. dan paling penting, kunci pintu ketika sedang memandu, tak kiralah sama ada anda berseorangan atau tidak.




Monday, December 14, 2009

Doa Khusus Elak Dirogol & Cabul

0 comments
assalamualaikum dan salam sejahtera..
wow..panasnye cuaca kat tganu hari nie.mengikut ramalan cuaca, esok sehingga sabtu dijangka hujan dan ribut petir di tiga negeri pantai timur iaitu tganu, pahang dan kelate. kita tengokla esok macamana yer..

yang sebenarnya kat sini, aku nak kongsi sedikit doa yang sangat bagus untuk dijadikan amalan wanita muslimah. keselamatan wanita malah anak-anak perempuan kecil kini amat terjejas dek kerana rosaknya akhlak manusia di akhir zaman ni. bukan sahaja pencabulan malah yang lebih menyayat hati lagi adalah kisah2 yang berakhir dengan pembunuhan.


doa ini dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, disertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

diharapkan doa ini dapat diamalkan oleh para wanita di luar sana. kepada kaum lelaki jugak, sampaikanlah kepada perempuan2 yang berada di sekeliling anda. namun perlu diingat, doa ini jugak bergantung kepada amal soleh kita sendiri. iaitu dengan memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak mengundang nafsu lelaki, insya Allah mujarab..macam jual ubat daaa....

Sunday, December 13, 2009

Tragedi Pengantin 3 Jam

0 comments

Petikan dari Harian Metro - 12December2009

Oleh Riadz Radzi, Rashidi Karim dan Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my


KANGAR: Hanya tiga jam. Itulah tempoh sempat dinikmati seorang lelaki untuk bergelar suami sebelum menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini, selepas majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah keluarga isterinya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Star, kira-kira jam 10 pagi.
Turut terbunuh kedua-dua ibu bapa Mohd Ariff iaitu Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakan karibnya, Mohd Farhan Musa,18.
Mohd Ariff yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom, tahun ini, sepatutnya memulakan tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, dekat sini, Rabu depan.

aku tumpang sebak baca berita nie..semoga yang dah pergi tu bersemadi dengan aman. yang masih hidup tenanglah menghadapi ujian Allah..sesungguhnya tidaklah dikatakan beriman seseorang itu sehinggalah dia diuji..

Selamat Pengantin Baru

4 comments
Rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kak Daa..sory coz xdapat datang ke majlis ritu...hope both of you will be happy ever after..



 gambar ni di ambil dari blog k.awin. credit to u k.awin..hehe..

Selamat Pengantin Baru juga diucapkan kepada Norasyikin dan Hafis yang telahpun selamat dinikahkan pada 11 Disember 2009 yg lalu...aku doakan semoga jodoh diorang berkekalan ke akhir hayat...amiinn....


Tuesday, December 8, 2009

Tentang Kucing

0 comments



Tahukah anda,

Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!
Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!
Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini! 

Jom tengok penjelasan sains!


Kucing, ataupun kita manusia, ataupun apa-apa jua hidupan di dunia ini, adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing. DNA adalah dianalogikan seperti blueprint, yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainya yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut. Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi, terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut ter-enkripsi dalam DNA kita!


DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom. Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma. Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma. Manusia, contohnya, mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan). Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu.


Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Kromosom Y. Kromosom adalah dalam bentuk berpasangan. Pasangan antara X dan Y menentukan jantina kita. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika XY, maka ianya adalah lelaki.


“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”.


(Surah Yaasin: 36)
Untuk dipendekkan cerita, kita pergi pada kucing terus. Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X.

Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.


Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna). XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!


Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!
 
Kucing Jantan 3 Warna?


Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?


Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.


Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!


Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? 

Kucing Chimera?


Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!


Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.


Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!


"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."


[13:3]
 
Kucing dan Islam!


Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?


Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.


Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:



"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."





Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan.
Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.


Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:


“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”



Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.


Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Dan seperkara lagi, ada sesetengah kepercayaan orang tua yang mengatakan
"Anak dara tak elok membela kucing nanti tiada jodoh dan susah dapat anak. Sebab kucing akan doakan macam tu sebab takut bila kita kahwin and dapat anak kita tidak menyayangi mereka lagi"

Bukankah jodoh, ajal dan maut itu, Allah dah tentukan sejak kita dalam kandungan lagi..Dimanakah kepercayaan kita kepada Qada & Qadar yang Allah dah tetapkan??

"Orang yang penyayang akan disayang oleh Allah Yang Maha Penyayang..Maka sayangilah penduduk bumi, maka penduduk langit akan menyayangi kamu" Hadis Qudsi


credit to : myqirana





Simpatinye...

0 comments

hari ni rasa sedikit down nak menulis..tapi di petang yg agak hangat sehangat hati aku yg agak2 lebih hangat daripada biasa ni..aku di ganggu gugat oleh si cute ni haaa...simpati pulak aku menengoknya..walaupun rupamu tidak ku kenang, tetapi lubang hidungmu yg sejuk itu meruntun hatiku..tengok tu, lapar punye pasal jilat badan sendiri pun kira ok laa...


dah seminggu aku kesian tgk dia, cm x berkesempatan lagi nak bawak balik..hari ni aku niat nak bawa balik kucing ni yang aku nak daftarkan dia punye IC  sebagai Bubu. maklumlah waktu cuti sekolah mcm ni, kantin pun tak dibuka. so kaum sejenis Bubu ni tak ada sumber makanan melainkan dengan belas ihsan manusia sekeliling ataupun hasil rompakan diorang. hehehe..
kesian dah kurus nie..aku kena cari kotak dulu, sebab Bubu ni menikus skit. lelangit dia pun hitam. buatnya dia melompat aku tengah bawak keta, memang haru biru duniaku..ni dari tadi duk berlilit kat kaki aku. kesian Bubu..tunggu yer Bubu..dah taklama lagi nak balik...nanti acucu bagi makan. a'ah pun ade kat rumah tu boleh bagi Bubu makan...



akhirnya ia tido2 kucing..

Monday, December 7, 2009

Rahsia Tujuh Hari

0 comments


DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.

Antaranya:

~ Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

~ Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

~ Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

~ Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

~ Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

~ Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.

Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

~ Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya..

Syaitan Pun Ada PHD

0 comments
Baru je semalam berakhir kisah Nenek Kebaya ulangan di TV9. tak jemu aku tengok tiap episod. mak aku pun tumpang sekaki. entah kenapa macam ada satu daya tarikan pulak pada siri Lagenda tu.walaupun ada jugak babak2 yang agak kelakar dan hampir2 tak logik, mcm babak si Mail pengsan tu tapi i like it.ehh..jangan2 Nenek Kebaya betul2 ada di alam realiti tak? adeiii..hari ni cerita Cucu Betong pulak..sambungan Anak Betong.nantikan macamana rupa Jagat yg jahat tu skarang yer..


Sebenarnya apa saja yang dipaparkan di kaca tv memang diadaptasikan dari dunia realiti,kalau tak mana nak dapat idea. betul tak? kadangkala aku rasa hairan kenapa manusia sanggup berdendam sampai begitu sekali.syaitan yang ada PHD kot yg rasuk diorang kan.

aku pernah dengar cerita seorang kawan yg sakit katanya buatan orang. meracau bila kena pada masanya. kebetulan aku ada bertemu dgn dia beberapa tahun lepas, waktu tu dia mengandung anak sulung. sebelum tu, apa yg aku dengar dia menangguh pengajian disebabkan tidak sihat. dalam pertemuan tu, aku tanyakan kesihatan dia, dan macamana dengan keadaan penyakit lama tu. begitu bersungguh2 dia bercerita, sampaikan aku sendiri confuse betul atau tidak. katanya ade dua makhluk, yg pertamanya dilepaskan bebas oleh tuannya dan kebetulan terkena pada sahabat aku ni. yg satu lagi, natijah drp cemburu seorang wanita yg menaruh hati pada suaminya. aku percaya perkara yg diceritakan tu tak mustahil, dalam Al-Qur'an sendiri ada dinyatakan kewujudan makhluk di alam lain dan kita sbg orang Islam wajib mempercayainya. cuma apa yg membuatkan aku keliru, wanita yg dikaitkan tu adalah sahabat lama yang mmg cukup aku kenali. taklah mustahil pun, sebab manusia boleh berubah bila2 masa. tapi aku setka dalam minda ni bukanlah tu orangnya. mungkin salah faham kan..

ada juga seorang lagi kenalan aku yg bercerita perihal yg sama tentang dirinya. puncanya jiran yang dengki pada kesenanangan yg dikecapi. sebenarnya bukanlah senang sangat, sekadar seorang ibu tunggal beranak empat, mempunyai sebuah rumah di kampung dan sebuah kereta kancil bekerja di sektor kerajaan.cukuplah untuk makan pakai seharian dan simpanan masa depan. itupun masih lagi mengundang benci di hati mereka yang tak puas hati. aku cuma mendengar, sesekali menyampuk. nak kata tak percaya, memang percaya. cuma belum tengok dgn mata sendiri aje. rumahnya ditanam sesuatu dalam kain kuning, dalamnya batang pisang yang dicucuk2 dengan jarum. gangguan pulak melibatkan dia dan anak2. cuma apa yg menarik, pesan kenalan aku ni, amalkanlah ayat Kursi selalu. sebab ayat ni sangat berkuasa untuk melemahkan syaitan. katanya, waktu tubuh anak lelakinya dimasuki makhluk halus tersebut, dia dengan gementarnya membaca ayat Kursi dan menghembusnya. benda tu seolah2 terkeluar tapi belum cukup kuat utk menghalau terus.

aku teringat cerita ustaz waktu sekolah dulu  tentang ayat Kursi ni. ayat ni kuat bergantung kepada orang yg mengamalkannya. kalau selama ni kita tak pernah amal ayat Kursi, tiba2 bila jadi sesuatu baru nak baca, kesannya memang kurang. aku juga suka lah nak menjemput korang layari laman web Darussyifa' utk mengetahui apa dia bacaan asas 10 yg perlu menjadi amalan kita. juga pelbagai informasi mengenai perawatan penyakit menurut kaedah Islam.

dan ingatlah hidup cuma sekali. jangan rugikan diri dengan amalan khurafat yang pasti memberi ganjaran neraka pada pengamalnya.wallahua'lam.

Tips Memenangi Hati Mertua

0 comments

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.
Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Mertua VS Menantu

1 comments
nʇuɐuǝɯ sʌ ɐnʇɹǝɯ
 



mari kita tengok dulu apa komen2 mereka yg boleh di lihat di sini

xpayahlah duk ngan mentua.ko xtahu lagi asam garam hdp ngan mentua..terlalu pedih tapi mak aku merupakan mentua yang paling best aku tgk.menantu pun suka balik.tapi mak mentua aku..mmg teruk..mulut xde insurans..aku mmg setuju sangat dengan apa yang ko cakap.mak mentua aku seorang yang alim tapi panas baran.masa mula kawin aku mkn ati btl tambah2 laki aku xpernah nampak salah mak dia.aku sedih sangat sebab dia control seluruh kehidupan kami.plg aku geram,masa aku melahirkan anak sulung,dalam pantang suami blh tinggalkan aku kerana mak dia ajk g jalan2.pdhal pikirlah yang aku ni baru bersalin.kemana aje mak mentua aku nak g sume suami aku kena ikut..mmg mak mentua aku 2 xde perasaan dan suami aku pun aku xtahu knp xpnh nampah salah mak dia.umpama mak dia 2 malaikat aje!!!!!!!!!! (tulip)
Memang le ramai pasangan yang tinggal berasingan, tetapi bila emak dah uzur, dia perlukan perhatian dan perlu tinggal dengan kita. Inilah masalahnya. Si isteri akan tidak setuju sunguh-sungguh akan semua ini. Si suami pula di tuduh macam-macam seperti ego, tak tahu jaga hati isteri, tak mahu faham hati isteri dan sebagainya. Pergaduhan sering berlaku. Anak-anak dikatakan terbiar. Beginilah dunia hari ini. Si isteri langsung tidak akan menerima apa-apa pun pendapat dari si suami dan lebih malang lagi jika rumah itu adalah milik isteri. Dia akan mengungkitkan kesemuanya. Si isteri tidak peduli walaupun dia tahu bahawa dia akan tua dan uzur juga nanti. Anak-anak biasanya amat menyayangi ibu mereka tetapi yang menjadi penghalangnya ialah pasangan hidup masing-masing. Mereka akan terperangkap di dalam kehidupan mereka.(Si Anak Yang Malang)
ingatkan aku jer yg sengsara dok ngan metua,rupa2nya banyak lg menantu2 yg mcm aku..aku nie dah ler tak keje sebab myhusband tak bagi keje pas 2 ari2 kena layan perangai mak ngan pak metua aku..mak metua aku nie ada mood gak jap ok jap ntah ape2..kdg2 malas aku nak layan,menyampah pun ada gak,ikut sesuka ati dia jer nak tarik muka kat aku...ditambah ngan kakak ipar aku selaku ank pompoan mak metua aku la..yg nampak mcm cemburu ngan aku..dia tinggal bersebelahan ngan rumah metua aku..anak pompoan sorang la kan...dah 4tahun aku bersabar..suami aku pun dah janji nak cari rumah lain..tak tahan la ari2 nak kena gaduh ngan suami pasal karenah mertua aku nie!!!(along27)
iskh....banyak tul citer2 menantu/mentua ek...?
kakkita kongsi sket leh...? apa2 pun citer kat atas yang kakkita baca....petuanya ialah....'sod'...'ba'....'ra'. .. sabar.. tu kuncinya...ialah...Allah sedang menguji kita...jika kita sabar....insyaAllah suatu hari nanti mereka akan berlembut dengan kita...
jangan dengar hasutan syaitan...banyakkan doa dalam sujud minta Allah lembut kan hati...Allah dengar rintihan hamba yang dizalimi...kakkita nak bagi tips....apa kata kat mentua kita jadikan kawan....layan dia bebual...chatting2 ke....balas sms ker....nanti kan dia makin rapat ngan kita.... (kakkita)
ha...ni baru skit jer drp apa yang aku baca..ada positif dan negatif kan?xnak kata kat orang pun, aku selaku anak yg ke-10 dlm adik beradik aku ni pun boleh lihat sikit sebanyak macamana gambaran sebenar relaliti kehidupan yg macam ni. kadang2, benda simple aje, tapi soal hati ni memang sukar dimengerti. mudah aje nak terguris.sebaiknya, yg muda kena lebih banyak mengalah dlm soal ni.bukan apa, kadang2 aku dengan mak aku pun geleng kepala jugak..keh keh keh...maklumlah, bila dah semakin senja wanita terutamanya akan mejadi semakin berpuluh2 kali ganda sensitifnya. yang penting banyak bersabar ya..mudah ucapan di bibir, tak semudah itu realitinya..yg pasti, ada nilai di sisi DIA...

Tragedi KB Mall

0 comments



Salam semua..pasti korang semua pun terkejut dengan tragedi terbaru yg menggemparkan di KB Mall 6 Disember yg lalu kan? semalam baru aje disiarkan dalam berita..apapun, doakan semoga mereka yang pergi dirahmati Allah.dan yang sedang bertarung dengan maut, selamat..Puncanya apabila kereta yang dinaiki di tempat parking tingkat 3  KB Mall hilang kawalan lalu merempuh benteng simen dan terus menjunam ke dalam supermarket.Jatuh tepat di atas tangga eskeletor dan merempuh beberapa orang pengunjung supermarket. 
Sememangnya perkara sebegini langsung tidak terduga..dan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya sebagai peringatan kepada yang masih hidup. sama ada peringatan dari segi fizikal, iaitu ciri-ciri keselamatan bangunan itu sendiri, malah lebih dari itu peringatan bahawa mati itu boleh datang sekelip mata tanpa kita duga.


Sunday, December 6, 2009

Jual Beli Emas

0 comments

Assalamualaikum semua..
harap korang semua sihat wal'afiat..hari ni nak menulis tentang emas.aku teringat nak tuliskan entri ni pasal kat tempat aku keje ni selalu dengar para ibu2 yg bersembang pasal nak tukar gelang, rantai dan ape2 sajelah..walaubagaimanapun ada perkara yang kita sering terlepas pandang, akibat keghairahan untuk mendapatkan sesuatu.betul tak?aku harap entri ni sikit sebanyak memberi pengetahuan pada kita semua.
Emas sangat sinonim dengan wanita, kerana sudah menjadi keinginan wanita untuk memakai barangan perhiasan diri seperti yg diperbuat drpd emas.pelbagai bentuk gelang, rantai, cincin, subang malah di kaki pun dipakaikan barangan kemas.tidaklah jadi satu kesalahan pun untuk memakainya, yg penting jgn la sampai jadi sasaran peragut!nyawa lebih penting drp gaya.ingat tu.
Harga emas semakin meningkat hari demi hari.kalau dulu gelang sekasar jari telunjuk hanya beberapa ratus, sekarang sudah mencecah RM4000 lebih bergantung pada kepadatannya.trend barangan kemas sekarang direka dengan mengurangkan kepadatan, contohnya walaupun nampak kasar, tapi dalamnya kosong aje.tu semua pasal harga yg makin mahal dan tak mampu dibeli oleh kebanyakan orang.
Trend jual beli emas secara ansuran dan trade in jugak makin berkembang dengan pesatnya sekarang. maksud trade in barang kemas di sini ialah, aku ada seurat gelang, suruh kedai timbang berat dan harga, then ambik gelang baru dengan hanya menambah duit RM500.alaaa, mcm trade in handset tuu lah jugak.

Sebenarnya jual beli emas mempunyai garis panduannya sendiri yang telah ditetapkan dalam Islam. Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang. walaupun ada yang berpendapat ia tidak lagi dikira sebagai emas kerana sudahpun dilebur dan dibentuk, namun ia masih lagi emas dan tidak lari daripada sifat2 emas itu sendiri. Ada juga kumpulan minoriti yang berpendapat bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin, ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Bagaimanapun, melalui kesimpulan dan pandangan terpilih hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti.bermaksud, pembelian emas secara ansuran adalah dilarang sama sekali.

Mengenai trade in barang kemas pula, ini mungkin satu kaedah marketing yang digunapakai oleh para peniaga emas untuk melariskan emas mereka. namun di sebalik itu, mungkin ada yang terlupa mengenai garis panduan yg ditetapkan dalam Islam.

Ada dua keadaan yang dibolehkan untuk menukar emas lama dengan yang baru.

i ]  Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii ]  'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Memandangkan harga emas yang semakin meningkat, tidak akan ada peniaga emas yang akan menukar dengan mengira timbangan yang sama berat kan?sape mau rugi daaa.....

Dalam hal ini, cara yang terbaik untuk mengelakkan riba adalah dengan menjual dahulu emas yang kita ada dan mendapatkan duit tunai. kemudian, barulah membeli barang yang lain. 
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

 Sila layari http://www.zaharuddin.net/content/view/286/93/ untuk penjelasan yang lebih lengkap.


Related Posts with Thumbnails